Wednesday, January 18, 2012

Tunggu lahir anak pada Tahun Naga




SINGAPURA - Seorang ibu berusia 26 tahun, Cassandra Cheong dijangka melahirkan anak pada 23 Januari depan yang merupakan permulaan Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina pada tahun ini jatuh pada Tahun Naga yang pada kebiasaannya mencetuskan fenomena kelahiran ramai bayi di Asia.

"Pastinya, saya gembira," kata Cheong selepas dia menemui doktor di sebuah klinik di Singapura.

"Namun, ibu dan suadara tua saya yang lain lebih teruja tentang bayi ini berbanding saya," katanya.

Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.

Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga.

Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.

Di China, agensi berita Xinhua menyatakan pada Disember lalu bahawa, negara itu menjangkakan peningkatan lima peratus kelahiran.

China kini mempunyai 1.3 bilion penduduk.

Pada tahun 2000, sejumlah 54,134 kelahiran bayi direkodkan di Hong Kong semasa Tahun Naga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: