![]() |
| KEADAAN bangunan yang dalam pembinaan terbakar di KL Sentral, Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Sebuah bangunan pejabat setinggi 31 tingkat yang dalam pembinaan di KL Sentral di sini terbakar pagi semalam.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 bangunan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar kawasan berkenaan.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, api merebak dengan cepat menyebabkan bahan binaan seperti kepingan kayu jatuh dan membahayakan orang ramai.
"Kita terima panggilan pada pukul 3.53 pagi dan seramai 95 anggota bomba serta 17 jentera dari balai bomba sekitar Lembah Klang dikejarkan untuk memadam kebakaran," katanya di sini semalam.
Katanya, bomba menghadapi kesukaran mengawal api dan terpaksa menggunakan perancah mulai aras 26 untuk naik ke tingkat atas bangunan itu dan api dapat dikawal kira-kira pukul 8.30 pagi.
Azizan berkata, laluan masuk ke Brickfields iaitu melalui Jalan Bangsar dan Jalan Tun Sambanthan terpaksa ditutup sehingga pukul 12 tengah hari untuk kerja-kerja pemadaman dan siasatan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: