jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Tuesday, May 31, 2011

Adira Enggan Campur Insiden Kekasaran Hafiz

Adira

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) meminta supaya tidak dikaitkan dengan konflik yang tercetus di antara kekasihnya, penyanyi Hafiz (AF7) dan seorang pengurus pentas wanita yang dikenali sebagai Z, baru-baru ini.

Ujar naib juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini, sebolehnya apa juga permasalahan atau perasaan tidak puas hati di antara mereka berdua tidak dikaitkan dengan dirinya kerana ia tidak ada kena-mengena dengan dia.

"Saya tidak tahu hendak cakap apa. Apabila mendapat tahu tentang kejadian itu, saya bertanya juga pada diri sendiri, kenapa ia harus berlaku?

"Cukup-cukuplah, kes yang mendakwa saya seorang lesbian sebelum ini pun belum reda, kini sudah muncul pula satu lagi kontroversi yang mengaitkan nama saya.

"Saya tidak berada di tempat kejadian ketika insiden itu berlaku, jadi tidak adil untuk babitkan saya sekali," jelasnya yang ditemui selepas majlis Gempak Universe Astro, baru-baru ini.

Apabila ditanya adakah dia bertanya dan berbincang dengan Hafiz susulan kejadian tersebut, penyanyi lagu Ilusi ini bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana enggan membesar-besarkan hal berkenaan.

"Saya tidak bertanya pun pada Hafiz atau Z kerana tidak mahu membesar-besarkan hal itu. Bagi saya, mereka lebih tahu bagaimana untuk selesaikan masalah tersebut dengan baik.

"Biarlah, perkara sudah terjadi, hendak buat macam mana? Saya serahkan kepada mereka untuk selesaikan konflik yang berlaku," katanya.

Tambah Adira, sebagai manusia dia tidak melihat hubungan persahabatannya dengan pengurus pentas berkenaan sebagai satu isu atau masalah sehingga boleh mengundang insiden sedemikian.

"Hakikatnya, saya dan Z tidak rapat mana pun. Kami hanya kawan biasa seperti mana dengan orang lain juga. Rasanya, tidak salah untuk berkawan dengan dia kerana dia juga manusia biasa.

"Cuma, perkara ini telah menjadi salah faham. Apa juga masalah yang berlaku antara mereka, saya tidak mahu dikaitkan," katanya yang berasa lega kerana mendapat sokongan peminat dalam menghadapi isu tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap pengurus pentas itu dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

Serina Hamil Anak Kedua

Serina sedang bahagia dengan suami dan anaknya.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan mengandung anak kedua yang baru sahaja berusia sebulan.

Serina mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial Facebook miliknya yang ditulis pada Ahad.

“Syukur, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini.

“Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu,” katanya dalam laman sosial itu.

Pelakon itu turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef O'luanaigh yang kini berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.

Catatan menerusi laman Facebook Serina.

Dalam perkembangan lain, Serina sedang sibuk berlakon drama Roda Roda Kuala Lumpur dan menerbitkan drama Mampus Masuk Kampung di bawah syarikatnya, YKS Film Maker Sdn Bhd yang ditubuhkan dua tahun lalu.

Selain itu, dia masih aktif menjadi pengacara majlis dan menjalankan perniagaan minuman kesihatan Mavellous.

Katanya, minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat penyakit kencing manis dan mati pucuk.

Bapanya, Datuk Chef Wan turut ditampilkan sebagai duta produk tersebut.

Tewas 'Mentor 5', Iqa & Ayish Jadi Artis KRU

Iqa hanya layak mendapat tempat ketiga dalam Mentor 5.

PETALING JAYA: Baru sahaja program Mentor musim kelima melabuhkan tirai, Ahad lalu, pemenang tempat ketiga, Iqa, 25, sudah dilamar menjadi artis KRU Studios milik adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.

Bukan Iqa sahaja, seorang lagi bekas peserta Mentor 5, Ayish iaitu protege kepada Noh (Hujan) turut memilih untuk bernaung di bawah syarikat berkenaan.

Bonus kepada Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor apabila dia menjadi anak didik kepada Edry sepanjang tiga bulan menyertai program terbitan TV3 itu.

Malah, KRU juga telah menerbitkan cakera padat “single” terbarunya berjudul Di Penghujungnya yang akan diedarkan di stesen radio tempatan.

Edry juga telah mengatur perancangan untuk jangka masa panjang Iqa termasuklah menerbitkan album untuknya.

“Saya sudah mencetak “single” untuk diberikan kepada semua stesen radio terutama Hot FM. Saya juga tidak mempunyai masalah merakam album untuk Iqa.

Iqa berduet dengan Faizal Tahir.

“Saya melihat dia lebih cenderung menyanyikan lagu berentak pop rock. Selain Iqa, Ayish juga ingin menjadi artis rakaman KRU. Saya juga mengalu-alukan protégé yang lain untuk menyertai kami,” kata Edry sewaktu sidang media di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menyorot sebalik kekalahan Iqa yang hanya layak mendapat tempat ketiga, Edry akui persaingan yang diberikan setiap peserta agak sengit.

Bagaimanapun, dia sedikit berpuas hati dengan kedudukan Iqa yang berjaya ke peringkat akhir walaupun pada mulanya dia mendapat kedudukan tercorot.

“Dia sudah melakukan yang terbaik sepanjang tiga bulan ini. Saya tak nafikan agak mencabar juga untuk mendapat tempat di hati penonton,” jelas Edry.

Sementara itu, Iqa terpaksa akur dengan keputusan tersebut walaupun mentornya telah menyediakan latar belakang pentas yang kreatif dan susunan muzik menggunakan orkestra.

Ayish.

“Saya rasa terharu bercampur gembira apabila berjaya ke peringkat akhir. Bagaimanapun saya tak nafikan berasa sedikit kecewa kerana gagal bergelar juara,” ujar Iqa.

Iqa menyanyikan empat buah lagu iaitu Ganas (duet dengan Edry), Ku Mohon, Karma (duet dengan Faizal Tahir) dan Di Penghujungnya (single terbaru).

Dalam Mentor Ahad lalu, Salmah A. Asis,21, atau Salma menjadi juara rancangan itu sehingga melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta sebuah kereta Chevrolet Cruz.

Selain Salma, mentornya iaitu Erra Fazira turut mendapat watang tunai dengan jumlah yang sama.

'Annissa' Tidak Eksploitasi Zain Saidin & Rozita

Rozita Che Wan dan Zain Saidin

PETALING JAYA: Syarikat produksi drama popular Zeel Production tidak mengambil kesempatan terhadap kontroversi cinta Zain Saidin dengan aktres Rozita Che Wan apabila menggandingkan pelakon tersebut untuk drama bersiri Annissa.

Penerbitnya Fadziln Teh berkata, tawaran yang diberi kepada pelakon tersebut atas dasar hubungan baiknya selain mereka juga memiliki bakat lakonan yang bagus. Ia tiada kaitan langsung untuk mengambil kesempatan terhadap kontroversi mereka.

"Sejak penggambaran drama Kiah Pekasam, kami dah jadi geng. Tidak timbul isu mahu mengambil kesempatan terhadap kontroversi antara Rozita dan Zain bagi meraih populariti penonton supaya menyaksikan Annissa.

"Setakat ini saya lihat mereka begitu profesional dalam kerja. Tapi jika rating Annissa tinggi kerana ada kaitan dengan kontroversi tersebut, itu adalah satu kebetulan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Kontroversi cinta Rozita bukan sahaja dikaitkan dengan Zain malah turut melibatkan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir.

Salah satu Babak Annissa

Tambah Fadzil, dia turut menggandingkan Rozita dengan Shahir dalam sebuah drama Cer Citer Cinta yang akan ditayangkan di Astro Prima pada 7 Jun depan.

Katanya pada masa akan datang, pihak produksinya akan cuba menggandingkan pula ketiga-tiga artis berkenaan dalam sebuah telefilem.

Sementara itu, drama Annissa akan disiarkan sebanyak 26 episod setiap hari Selasa sehingga Khamis menerusi slot Samarinda di TV3 pukul 10.30 malam. Siri pertama rancangan itu menemui penonton pada Selasa (malam ini).

Diarahkan oleh Amy Maziah dan skrip oleh Sharifah Abu Salem, Annissa mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama dalam dunia fesyen dan memulakan perniagaan bersama, Annissa Corporation.

Namun, kehidupan peribadi mereka mula tercalar apabila Anna mengesyaki suaminya, Farid telah berkahwin lain. Walaupun Farid menafikannya Anna cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Pengeluar Minyak Wangi Iktiraf Rancangan 'Bella'

Pengacara Bella: Daphne Iking (kiri), Deborah, Lisa dan Elaine.

PETALING JAYA: Kehebatan rancangan Bella di ntv7 mendapat pengiktirafan pengeluar minyak wangi Bulgari Mon Jasmin apabila dipilih sebagai program bual bicara berbahasa Inggeris yang menyerlahkan bakat dan potensi wanita.

Program ini disiarkan selama setengah jam dari Isnin hingga Jumaat, pukul 11.30 pagi sejak awal tahun ini. Sementara ia turut disiarkan secara langsung pada setiap Ahad. Antara isu yang dikupas termasuklah fesyen, kesihatan, gajet dan kewangan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, pengiktirafan ini merupakan suatu testimoni yang amat bermakna dalam usaha ntv7 untuk menyajikan program berkualiti yang sentiasa meningkatkan pengetahuan penonton.

“Sudah tentu ntv7 rasa amat berbangga dengan pengiktirafan ini. Kami menjadi lebih bersemangat untuk menghasilkan program yang berkualiti dan mendapat tempat di hati penonton.

“Setakat ini, kami telah berjaya mencapai sasaran penonton iaitu 100,000 orang. Walaupun program ini disasarkan kepada penonton di bandar, namun kami rasa menjadi suatu idea yang menarik untuk menjadikan program ini diminati oleh penonton di luar bandar,” ujar Airin.

Bella turut memperkenalkan hos terbaru iaitu Lisa Wong. Sebelum ini, ia dikendalikan oleh tiga wanita cantik iaitu Deborah Henry, Elaine Daly dan Daphne Iking.

Lisa, 34, telah menyertai Bella sejak April lalu. Sebelum itu, dia pernah mengendalikan beberapa program menerusi saluran ESPN dan RTM.

“Saya menggemari program bercorak kewanitaan dan kini telah dua bulan mengendalikan program Bella. Saya bertugas pada setiap Ahad dan diberikan slot tertentu,” kata Lisa yang turut fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin.

Dia merupakan kacukan Ceylonese (Sri Langka-Cina) dan telah mendirikan rumah tangga enam tahun lalu. Namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sidek Hussin Mula Penat, Mahu Berhenti Berlakon

Sidek Hussin

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Sidek Hussin, 60, mahu berlakon sehingga dua tahun saja lagi ekoran faktor usia yang kian meningkat selain stamina yang semakin berkurangan.

Jelas aktor filem Karak ini, dia mungkin kelihatan masih kuat dan bertenaga secara luaran tetapi hakikatnya kudrat dan tenaganya sudah semakin lemah.

"Orang mungkin nampak saya masih kuat dan aktif tetapi itu pada luarannya saja. Hakikatnya, saya sudah penat dan tenaga juga semakin berkurangan sebenarnya.

"Mungkin paling lama pun saya akan berlakon sehingga dua tahun saja lagi. Itu pun selagi anak bongsu saya masih belajar. Selepas ini, apabila dia mula bekerja saya ingin berehat terus," katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Mengulas tentang keaktifannya berlakon, Sidek yang kini menumpukan perhatian pada perniagaan barangan antik berkata, dia hanya menerima tawaran lakonan yang bersesuaian dengan karakter, masa dan kemampuannya.

"Saya tidak ambil setiap tawaran lakonan yang diberikan. Kalau ada yang sesuai baru saya terima. Bukannya apa, badan ini sudah semakin letih dan tidak larat seperti dulu.

"Pada kebanyakan waktu, saya lebih senang memberikan tumpuan pada perniagaan barangan antik yang saya usahakan itu," katanya.

Apabila ditanya mengenai bonjol pada bahagian pipinya yang kelihatan semakin membesar, Sidek berkata, dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut dan sama sekali tidak berasa terganggu.

"Terus-terang, saya sudah malas dan penat hendak merawatnya. Bukan sekali dua saya berubat dan sudah bermacam cara saya berikhtiar sebelum ini.

"Selagi ia tidak menyakitkan saya, biarlah. Lagipun, keadaan ini pun tidak mengganggu pancaindera saya. Alhamdulillah, semuanya masih baik lagi," balasnya.

Berkongsi pula tentang lakonan terbarunya dalam filem seram arahan Yusry Abdul Halim itu, Sidek yang memainkan watak Tok Malam mengakui tidak menghadapi sebarang masalah bekerjasama dengan pengarah dan pelakon-pelakon muda.

"Saya tiada masalah bekerja dalam produksi ini. Walaupun mereka orang baru dan muda, semuanya menyempurnakan komitmen masing-masing dengan baik.

"Malah, bekerja dengan Yusry sendiri adalah mudah kerana dia menerima idea dan pandangan tentang watak dan sesebuah babak yang hendak dijayakan," katanya.

Selain Sidek, filem keempat arahan Yusry Abdul Halim itu turut dibintangi barisan pelakon muda seperti Shahir (AF8), Shera Aiyob, Along Eyzendy dan Kilafairy.

Karak kini ditayangkan di pawagam bermula 26 Mei lalu.

WalkWayz Disangka Kumpulan Kristal

WalkWayz. Dari kiri: Zan dan Anzz.

PETALING JAYA: Mendengar sekali suara vokalis band kelahiran Singapura, WalkWayz iaitu Zan, 22, ada yang menyangka suaranya seperti vokalis kumpulan Kristal, Lan.

Menurut Zan, lagu mereka seperti Cinta Musnah dan Rentak Gegaran telah diputarkan di stesen radio Pahang FM dan tersenarai di tangga ke-18 dan mendapat maklum balas pendengar yang menyangka lagu itu milik kumpulan Kristal.

Bagaimanapun, penyanyi itu menerima kritikan yang diberikan pendengar dengan terbuka.

Namun, dia berjanji untuk menampilkan kelainan kepada persembahan kumpulan itu agar dapat menghiburkan pendengar, diingati pendengar seterusnya memberikan kepuasan kepada pendengar.

“Kami tahu, bukan mudah untuk menapak di Malaysia dengan banyak persaingan daripada kumpulan muzik hebat yang lain seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Search.

“Kami berharap, suatu hari nanti kami dapat melakukan kolaborasi dengan mereka atau sekurang-kurangnya berkongsi pentas membuat persembahan bersama-sama,” kata Zan kepada mStar Online.

Biar sesukar mana pun cabaran yang harus ditempuhi nanti, ia tidak sedikit pun menggoyahkan semangat lima anak muda ini termasuk Sheikh, 20, (gitar), Rhin, 16, (gitar), Anzz, 20, (drum) dan Fad, 20, (bass) seperti nama kumpulan itu yang bermaksud arah perjalanan yang tiada henti.

“Jika ada peluang membuat persembahan di mana-mana acara seperti Jom Heboh, kami akan melakukannya kerana mahu mencuba sejauh yang mungkin,” katanya yang turut mengakui band itu diundang menyanyi di program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada Selasa.

Menyentuh tentang penerimaan WalkWayz yang telah dikenali sejak 2008, mereka telah berjaya menjual album mini yang memuatkan empat buah lagu iaitu Cinta Musnah, Anugerah Cinta Terra, Rentak Gegaran dan Kehidupan sebanyak lebih 400 unit dalam tempoh empat bulan.

“Kami sungguh tidak menyangka dengan sambutan peminat. Insya-Allah, jika ada rezeki kami akan menyiapkan album penuh pada tahun ini,” kata Zan lagi yang turut ditemani oleh adiknya, Anzz.

Sementara tiga orang lagi tidak dapat hadir ke sesi fotografi itu kerana mempunyai komitmen lain termasuk peperiksaan memandangkan ada antara mereka masih bersekolah iaitu Rhin, juga adik kepada Zan dan Anzz.

Kumpulan ini mula ditubuhkan setelah menyertai program realiti Anugerah Band pada 2008. Bagaimanapun mereka terpaksa menarik diri pada minggu kedua kerana Zan terlibat dengan program khidmat negara di Taiwan.

Sekembalinya dari Taiwan kira-kira tiga bulan selepas itu, WalkWayz menyertai Juara Pentas 2008 pada akhir tahun itu dan dinobatkan sebagai juara dan memenangi kategori Persembahan Terbaik serta mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Youth-IFIED 2008.

Brad Pitt Mahu Segera Kahwin Dengan Angelina Jolie

Brad Pitt dan Angelina Jolie

SETELAH enam tahun bersama tanpa ikatan yang sah, akhirnya aktor Brad Pitt ingin segera berkahwin dengan kekasih hatinya, Angelina Jolie.

Ini kerana, keenam-enam anak pasangan tersebut, Maddox (9), Pax (7), Zahara (6), Shiloh (5) dan si kembar Knox dan Viviene (2) telah memaksa mereka untuk segera menjadi suami isteri yang sah.

"Anak-anak sudah mula bertanya tentang pernikahan kami dan ia amat bererti buat mereka dan hal ini masih lagi sedang dipertimbangkan," katanya Pitt.

Pitt mula bercinta dengan Jolie selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Jennifer Aniston. Manakala Jolie pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dengan Johnny Lee Miller dan Billy Bob Thornton.

Dalam pada itu, selain sibuk dengan urusan anak-anak, Pitt dan Jolie juga mempunyai ruang sendiri untuk berdua-duaan dan tidak menyembunyikan hal tersebut kepada anak-anak.

"Selalunya kami akan memberitahu anak-anak Mom dan Dad akan keluar bercumbuan sebentar dan mereka akan menjawab, eee... jijik", seloroh Pitt.

Pitt turut menyatakan bahawa dia dan Jolie sanggup membuat apa sahaja demi membahagiakan keenam-enam anak mereka itu dan berusaha untuk hidup secara normal seperti orang lain.

‘Berdebar luar biasa’

SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.
SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.

KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.


Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

‘Ucap terima kasih lepas mencuri’

LICIN...Mariam menunjukkan beg tangan kosong selepas barangan dikebas, kelmarin.
LICIN...Mariam menunjukkan beg tangan kosong selepas barangan dikebas, kelmarin.

PEKAN: Seorang wanita berjubah hitam bersama tiga anaknya yang melarikan wang tunai dan barang berharga bernilai RM13,500 daripada satu majlis kenduri sempat bersalam dengan tuan rumah dan mengucapkan terima kasih sebelum menghilangkan diri.

Mangsa, Mariam Ismail, 58, berkata, kejadian berlaku ketika dia mengadakan majlis kenduri menyambut menantu di rumahnya di perumahan Peramu Jaya Tiga, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

“Wanita itu bersama tiga anaknya menggunakan helah mahu ke tandas dan tanpa kami sedari dia masuk ke bilik tetamu mengambil empat dompet saya, anak dan menantu yang mengandungi wang tunai.

“Mereka turut mencuri barang kemas dan satu telefon bimbit bernilai lebih RM13,500. Selepas itu, dengan selamba mereka bersalam dengan saya sambil menghulurkan wang sumbangan tanda terima kasih sebelum pulang dengan motosikal,” katanya.


Mariam berkata, dia tidak mengenali wanita berusia 20-an itu namun menerimanya dengan baik sebagai tetamu di majlis kenduri itu.

‘Kami kerugian’

BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.
BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.

KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.


Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.


“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.


Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.


Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.


“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.

Salma dedah status diri

DAHSYAT...Salma mendapat ‘standing ovation’ daripada penonton ketika menyampaikan lagu Listen.
DAHSYAT...Salma mendapat ‘standing ovation’ daripada penonton ketika menyampaikan lagu Listen.

KEMENANGAN yang dilakar Salmah A Asis (Salma), 21, menerusi final Mentor 5 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, kelmarin, mengingatkan kita kepada Jaclyn Victor sewaktu namanya diumumkan juara Malaysian Idol pertama, kira-kira tujuh tahun lalu.

Keputusan dan kemena�ngan yang wajar atau tulen menurut perkiraan penulis. Apa yang boleh diperkatakan mengenai protege Erra Fazira ini, suaranya memang terbukti bagus bahkan dia menyanyi lebih baik daripada segelintir penyanyi tempatan yang pernah merakamkan album.

  • Foto

    HEBAT...barisan protege dan Mentor bersama hadiah yang dimenangi.

  • Foto

    WARNA...persembahan Shiha dan Black Mentor bawa penonton mengembara ke Timur Tengah.

  • Foto

    SESAK...peminat yang memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam.

  • Foto

    PANAS...persembahan Iqa dan Faizal Tahir cukup bertenaga.

  • Foto

    JURi PROFESIONAL...(dari kiri) Ramli MS, Ziana dan Azmeer.

  • Foto

    AGRESIF...persembahan Hujan bersama bekas protege yang tersingkir memang ‘cool’.

Mungkin ada yang tidak setuju, tetapi itu lumrah dalam pertandingan. Malah kejayaan Salma seolah-olah juri awan bersikap prejudis dan semacam wujud konspirasi apabila hanya memperoleh 16 markah dengan nyanyian begitu hebat, lebih-lebih lagi ketika membuat persembahan pembukaan dengan lagu Listen dipopularkan Beyonce Knowles.

Sedangkan saingannya yang dikritik juri profesional terutama protege Edry Abdul Halim, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor atau Iqa memperoleh markah penuh dari juri awam (20) manakala protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Mohd Zikir (Shiha) mendapat 17 undi.


Bagaimanapun, juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain dan Azmeer, sebulat suara memilihnya sebagai pemenang termasuk SMS penonton menyelamatkan Salma de�ngan memperoleh 85 markah sekali gus menobatkan dirinya juara Mentor 5.


Dengan kemenangan itu, peserta dari Tawau, Sabah ini dan Erra selaku mentornya berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi dan kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet (untuk protege).

Bahkan, pada hari kemenangannya, Salma membuat pendedahan terbuka mengenai status dirinya yang pernah berkahwin dan mempunyai anak yang selama ini menjadi tanda tanya penonton setia Mentor.

“Iya, saya pernah berkahwin ketika berusia 17 tahun dan bercerai sewaktu berumur 18 tahun. Saya mempunyai seorang anak, Putri Nurul Huda, 3 tahun. Dia ada naik ke pentas tadi dan kehadirannya bersama orang tua saya yang datang menyokong malam ini walaupun pada mulanya tidak begitu menggalakkan saya menyanyi, membuatkan saya tambah bersemangat untuk memberi persembahan terbaik.

“Inilah pertemuan pertama kami selepas lebih tiga bulan tidak bertemu dan Alhamdulillah, malam ini rezeki berpihak pada saya dan Mentor, kak Erra,” katanya dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Ditanya, apakah dia merasakan strategi merahsiakan statusnya antara faktor yang menyumbang kejayaannya malam itu memandangkan sebahagian besar peminat tidak tahu Salma adalah seorang janda beranak satu.

“Dakwaan itu tidak benar kerana ramai yang sudah tahu status saya cuma saya saja yang tidak pernah memperkatakannya secara terbuka kerana saya harus memberi fokus terhadap Mentor.

“Saya tidak mahu apabila perihal anak diperkatakan dalam Mentor membuat�kan saya gagal mengawal perasaan rindu pada dia dan keluarga sekali gus akan memberi kesan pada persembahan saya.

“Saya memang mahu berjaya dalam pertandingan ini, jadi saya harus berkorban dan asingkan kisah peribadi saya dengan memberi sepenuh tumpuan. Saya juga tidak mahu menghampakan kak Erra yang sudah banyak berkorban untuk saya. Bagaimanapun hari ini saya mengotakan janji untuk memaklumkan hal yang sebenar,” katanya.

Mengenai nama bekas suami, Salma enggan mendedahkannya. Katanya, dia tak akan beritahu langsung sebab kisah itu sudah lama berakhir dan namanya takkan pernah wujud lagi di belakang nama anaknya.

“Apa yang boleh saya katakan, dia juga orang Tawau, Sabah. Dia sudah pun berkahwin dan sudah ada keluarga baru, jadi saya tak nak imbas kembali perkara lama sebab trauma,” katanya.

Berhajat untuk meneruskan karier nyanyian sekali gus memiliki album, Salma berhasrat menggunakan wang kemenangannya untuk membawa keluarga bercuti kerana seumur hidupnya tidak pernah berpeluang membawa ibu bapanya berjalan-jalan ke pusat peranginan.

Pada malam konsert penentuan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu, Salma turut berduet de�ngan Jaclyn Victor menerusi lagu Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslow) yang pernah dinya�nyikan secara duet oleh Jaclyn dan Misha Omar serta Rindu (Hetty Koes Endang). Salmah turut memperde�ngarkan lagu baru ciptaan Taja Meet Uncle Hussain berjudul Aku Permata.

Tempat kedua pula dimenangi Shiha dengan pungutan markah sebanyak 63 markah. Gadis berusia 24 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 tajaan Naza World.

Shiha menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo Kisah Hati (Alyah), lagu duet bersama Black, Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai, Bila Bertemu Mu.

Manakala tempat ketiga, Iqa, membawa pulang wang tunai RM10,000 dengan pungutan 56 markah. Peser�ta dari Ampang, Sela�ngor ini menyampaikan lagu duet bersama mentornya, Ganas, lagu Ku Mohon (Datuk Sheila Majid) yang memapar klip ‘tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Mad�rasah Al-Taqwa, lagu baru ciptaan Edry, Di Penghujungnya dan duet bersama Faizal Tahir, Karma.

Kejayaan Salma juga me�ngejutkan kerana sebelum ini hampir tidak dapat ke final apabila memperoleh markah tercorot sewaktu Separuh Akhir kedua yang berlangsung minggu lalu. Namun, atas pertimbangan TV3 dan keputusan juri, dia diberikan peluang.

Justeru, Erra selaku Mentor ditanya apakah kemenangan Salma itu dirasakan adil walhal peluang Shiha dan Iqa untuk menang terbentang luas sekiranya tidak mendapat tentangan daripada Salma.

“Kemasukan Salma ke peringkat final adalah kerana rezeki dan jika mengambil kira Mentor untuk musim sebelum ini, bukan perkara baru tiga peserta berentap di final walaupun pada mulanya hanya dua peserta saja yang disebut-sebut akan mara.

“Saya percaya pada kata-kata setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya lihat Salma cukup bersemangat sekali pada malam tadi. Salma bangkit dengan penuh semangat untuk menebus balik kekalahan dia ketika di peringkat separuh akhir.

“Saya akui saya sangat-sa�ngat gembira dengan apa yang Salma berikan selama ini. Dia beri lebih dari apa yang saya minta. Selaku Mentor, saya akan sentiasa berada dengannya. Selagi khidmat saya masih diperlukan, saya sentiasa ada untuk dia,” katanya.


Shiha mahu hantar emak ke Makkah

Manakala, Shiha selaku naib juara, tidak kecewa dengan kekalahannya kerana sudah cukup bersyukur dapat melangkah ke final.

“Sebelum ini saya sering memasuki pertandingan nyanyian, tetapi tidak pernah sampai ke final dan saya sudah cukup berpuas hati apabila sasaran ke final tercapai. Ia satu pencapaian terbaik saya apabila dapat tempat kedua dan memperoleh RM30,000. Jumlah ini rasanya sudah cukup untuk menunaikan nazar menghantar emak menunaikan umrah,” katanya.

Datuk Sharifah Aini sebagai Mentor Shiha mengakui, dia sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan Shiha sudah melakukan yang terbaik tetapi berbalik pada rezeki segalanya Allah tetapkan.

“Kak Pah pasrah dan tak pandang ia sebagai satu kekecewaan dan kekalahan kerana ia adalah adat bertanding. Sebagai mentor, saya sentiasa doakan kejayaan untuk Shiha. Kak Pah juga akan sentiasa berada dengan Shiha untuk membantunya,” katanya.

Iqa juga berpuas hati de�ngan kedudukannya di tempat ketiga kerana apa yang lebih pentingnya, melalui satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak ternilai sepanjang berada di bawah bimbingan Edry.

“Semua orang masuk pertandingan hendak menang begitu juga saya. Tetapi mung�kin sudah tertulis malam ini rezeki Salma. Namun, lebih penting daripada semua itu daripada seorang yang ‘0’ ilmu mengenai muzik saya menimba ilmu sikit demi sikit daripada abang Edry.

“Malah diberi kesempatan melihat sendiri bagaimana abang Edry mencipta kreativitinya yang membuatkan saya kini lebih terbuka dan berani untuk bereksperimental. Ilmu yang disalurkan itu lebih bermakna daripada sebuah kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Edry berkata, Iqa sudah pun melakar pencapaian terbesarnya apabila bermula sebagai peserta ‘underdog’ namun bertahan sehingga berjaya melangkah ke final.

“Perjalanan Iqa masih jauh lagi namun bagi saya, sebagai mentor, saya sudah menjalankan tugas saya dan melakukan terbaik untuk Iqa. Bagi saya, sampai ke peringkat akhir pun sudah satu kejayaan buat Iqa.

“Dalam masa tiga bulan Iqa menunjukkan peningkatan yang sangat baik, jika terus diasah dalam masa tiga tahun tidak mustahil dia boleh menjadi penghibur yang baik.

“Daripada hasil perbinca�ngan dengan TV3 mereka tidak keberatan untuk membenarkan Iqa meneruskan kerjaya seninya di bawah pengurusan KRU. Justeru, selepas ini saya akan menyusun perancangan saya untuk Iqa menghasilkan album sulungnya,” katanya.

Belum buat keputusan

TEKUN...Safee (tengah)  bersama kapten pasukan, Safiq Rahim (kiri) dan Azmi Muslim ketika sesi latihan pasukan kebangsaan dalam persiapan menghadapi perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Dunia di Wisma FAM.
TEKUN...Safee (tengah) bersama kapten pasukan, Safiq Rahim (kiri) dan Azmi Muslim ketika sesi latihan pasukan kebangsaan dalam persiapan menghadapi perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Dunia di Wisma FAM.

PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali tidak menolak sebarang kemungkinan untuk meninggalkan Indonesia jika persatuan bola sepak negara itu dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk bola sepak antarabangsa Fifa.

Katanya, dia akan menunggu keputusan yang akan dikeluarkan Fifa mengenai isu itu sebelum membuat keputusan mengenai kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia (ISL).


“Mengenai masalah PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia), saya masih menunggu keputusan yang akan dikeluarkan Fifa. Sekarang saya tengah fikir mengenai masa depan tapi kena tunggu keputusan mengenai hukuman itu dulu,” katanya yang berpindah dari Selangor ke Pelita Jaya Februari lalu.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan PSSI menyebabkan mereka dijangka akan digantung daripada terbabit daripada menyertai sebarang kejohanan bola sepak antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia serta Sukan Sea yang dianjurkan di Palembang November ini.


Sekiranya dihukum, PSSI masih boleh terus menganjurkan liga tempatan namun reputasinya pasti sudah terjejas apatah lagi tanpa pengiktirafan badan induk bola sepak antarabangsa.


Ditanya mengenai kemungkinan akan kembali ke pangkuan pasukan tempatan selepas tamat musim di Indonesia, Safee berkata, dia masih berharap untuk dapat mengembangkan karier di luar negara.

“Selagi boleh saya mahu terus kekal (di Indonesia), kalau tak boleh mungkin saya akan cuba bersama pasukan lain di negara jiran,” katanya yang menyumbat enam gol dalam sembilan perlawanan untuk Pelita Jaya.


Safee pulang ke tanah air selepas mendapat panggilan jurulatih kebangsaan K Rajagobal untuk menyertai latihan pusat bermula semalam bersama dengan 23 pemain lain bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Hong Kong Jumaat ini.

Ternyata penyerang sensasi itu amat teruja untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kali terakhir beraksi membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan sebelum berhijrah ke Indonesia.


“Saya yakin pengalaman di Indonesia akan membantu saya beraksi lebih baik bersama skuad kebangsaan. Tidak kira pemain itu ada nama ataupun tidak, tempat dalam skuad kebangsaan belum terjamin, jadi saya kena berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.


Sementara itu, skuad Olimpik negara pula berada di Port Dickson untuk menjalani kem bina semangat sebelum berangkat ke Phnom Penh untuk menghadapi skuad kebangsaan Kemboja dalam perlawanan persahabatan 7 Jun ini.

William, Kate dapat ubat kuat

PASANGAN BAHAGIA...William menganggap bulan madunya satu pengalaman luar biasa dan tidak pernah dilalui sebelum ini.
PASANGAN BAHAGIA...William menganggap bulan madunya satu pengalaman luar biasa dan tidak pernah dilalui sebelum ini.

SEBAGAI menandakan tamatnya bulan madu selama 10 hari mereka, pasangan Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah istimewa - kelapa Coco de Mer, sejenis buah yang dikatakan mampu memberi rangsangan dan kekuatan tenaga batin tambahan.

Di pulau percutian itu, pasangan diraja Britain berkenaan dihadiahkan buah istimewa dalam acara khas.

  • Foto

    UBAT KUAT...kelapa Coco de Mer menjadi lambang keperkasaan dan kesuburan dalam kebudayaan masyarakat Seychelles.

  • Foto

    MEWAH....keadaan villa yang disewa Kate dan William di Pulau Utara.

  • Foto

    DIRAHSIAKAN...lokasi bulan madu Kate - William tidak didedahkan sehinggalah mereka meninggalkan pulau itu baru-baru ini.

  • Foto

    PULAU Utara yang jadi pilihan William.

Melalui lesen khusus, William dan Kate dibenarkan membawa ‘kelapa cinta’ itu keluar dari Seychelles dan pulang ke negara asal mereka.

Buah Coco de Mer itu - boleh mencecah berat sehingga 30 kilogram setiap satu - dihadiahkan Menteri Luar Seychelles, Jean-Paul Adam, baru-baru ini.


Adam menyerahkan buah simbol cinta itu bagi pihak Presiden, James Michel, di Mah�.


Di Seychelles, kelapa Coco de Mer dianggap sebagai bahan yang mampu memberi kekuatan tambahan untuk tenaga batin.

Ia juga simbol kesuburan.

Disebabkan pokoknya sukar ditemui dan hanya tumbuh di Pulau Praslin, sebiji Coco de Mer abad ke-19 pernah dilelong sebuah laman sesawang pada harga kira-kira RM1,500.

Ketika berbulan madu baru-baru ini, William, 29, dan Kate, 29, menginap di Pulau Utara, selepas maklumat mengenainya dirahsiakan bagi menghormati privasi mereka selama berada di Seychelles.

Mereka menyewa sebuah villa mewah yang mengenakan bayaran RM20,000 untuk satu malam.

Pada awalnya, mereka mahu menginap di sebuah villa lain - disewa pada kadar RM30,000 satu malam - di Hutan Takamaka tetapi terpaksa mengubah fikiran selepas dinasihatkan.

Mereka diminta menginap di villa yang sedikit murah atas faktor keselamatan.
Villa indah menghadap Lautan Hindi itu dihiasi pelbagai hasil kraftangan tempatan, selain memiliki bilik mandi terbuka.

Di luar villa, William dan Kate boleh menyegarkan badan dalam kolam air tawar yang dingin di taman peribadi, atau jika mahu, bersiar-siar di kawasan lapang berhampiran.

Bagi mengekalkan suhu yang diingini, villa berkenaan menyediakan kipas siling dan penyaman udara bagi menjamin penghuninya kekal selesa walaupun di luar suhu meningkat sehingga 29 darjah Celsius.

Tidak cukup dengan itu, pasangan pengantin baru berkenaan juga disediakan tukang masak dan pelayan khusus yang bersedia berkhidmat pada bila-bila masa saja.

Untuk ke Pulau Utara, pasangan terbabit menaiki jet peribadi dari rumah mereka di Anglesey, Wales Utara, ke Seychelles pada 10 Mei lalu.

Selepas mendarat di Mahe, Kate dan William dibawa pula menaiki helikopter kira-kira 15 minit untuk ke Pulau Utara.

Menurut sumber, William mengaku kepada pembantunya, pengalaman di pulau peranginan itu amat indah dan luar biasa.

“William melalui pengalaman menyelam terbaik pernah berlaku dalam hidupnya,” katanya.

Ditanya mengapa William memilih Seychelles, sumber itu berkata, pewaris takhta Britain itu tertarik dengan dasar kerajaan menjaga alam sekitar.

Penguatkuasaan sivil

LEBIH BERISIKO ... kajian dapati tahap penyakit akibat rokok atau berkaitan rokok lebih teruk di kalangan wanita.
LEBIH BERISIKO ... kajian dapati tahap penyakit akibat rokok atau berkaitan rokok lebih teruk di kalangan wanita.
HIDUP SIHAT...aktiviti fizikal boleh bantu alihkan perhatian pada rokok.
HIDUP SIHAT...aktiviti fizikal boleh bantu alihkan perhatian pada rokok.

APA reaksi anda apabila orang yang duduk di sebelah anda menyalakan rokok ketika berada di tempat awam yang mempunyai tanda larangan merokok?

Adakah anda bertahan dan berdoa dalam hati supaya dia berpindah
ke tempat lain atau bangun menjauhi perokok itu sambil memberikan jelingan kurang senang?


Beranikah anda menyuarakan hak anda dengan menegur perokok berkenaan? Rasanya ramai seperti penulis agak keberatan untuk membuka mulut. Malah, masalah yang sama turut dialami ramai bukan perokok di seluruh dunia kerana bimbang teguran itu akan membuatkan perokok marah, malu atau kurang senang.

Tahukah anda kajian mendapati sembilan daripada 10 perokok akan mendengar teguran dan menghormati hak orang yang tidak merokok jika ditegur dengan baik, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar.

“Syaratnya kena tegur secara baik dan sopan. Jika ditegur dengan baik, perokok akan memadam�kan api rokok atau pergi ke ruang yang dibenarkan merokok. Malangnya di negara kita, perkara ini jarang dilakukan.

“Biasanya jika ada orang merokok di tempat awam, biasanya individu yang tidak merokok akan menjauhkan diri atau meninggalkan tempat berkenaan. Kaedah ini tidak akan menyedarkan perokok. Sebaliknya kitalah yang perlu tegur untuk mengingatkan perokok dan biasanya selepas ditegur, mereka akan memadamkan api rokok.

“Apabila kita tegur, perokok akan sedar dan ingat bahawa dia perlu mematuhi larangan merokok di satu-satu tempat pada masa akan datang. Sudah sampai masa kita menyuarakan hak kita untuk mendapat udara bersih yang bebas daripada asap rokok. Kita hanya mahu oksigen, bukan karbon monoksida dan gas beracun lain dalam asap rokok untuk masuk ke dalam badan kita,” katanya.

Selepas senarai tempat larangan merokok diwartakan, banyak operasi dijalankan khususnya di bandar besar untuk memastikan larangan dipatuhi dan beribu-ribu kompaun dikenakan pada perokok yang ingkar. Namun sejak akhir-akhir ini, jumlah operasi bagai boleh dibilang dengan jari. Adakah langkah penguatkuasaan ini hanya hangat-hangat tahi ayam?

“Tidak. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) contohnya masih giat menjalankan operasi tetapi apa yang kita mahu rakyat sendiri yang menguatkuasakannya dengan cara me�nyuarakan hak mereka untuk mendapat udara bersih dan kaedah ini dipanggil penguatkuasaan sivil. Maknanya, kita boleh tegur perokok jika mereka merokok di tempat yang dilarang.

“Saya gembira kerana sejak akhir-akhir ini orang ramai sudah mula menyuarakan hak mereka dengan memberi teguran kepada perokok yang merokok di tempat dilarang. Kaedah penguatkuasaan sivil ini terbukti berkesan,” katanya.
Mengikut Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2005 melarang tegas aktiviti merokok di:

  • Semua kawasan awam yang tertutup contohnya klinik, hospital, semua pejabat kerajaan, kompleks beli-belah, pusat sukan, stadium, pusat kecergasan, gimnasium dan semua tempat yang berkaitan dengan sukan kecuali pusat hiburan (pub, disko, kelab malam atau kasino).

  • Semua tempat makan berhawa dingin tetapi ada kelonggaran memperuntukkan satu pertiga daripada restoran untuk ruang makan yang boleh merokok dengan syarat ruang tidak merokok dan merokok diasingkan (berdinding). Selain perlu meletakkan tanda yang jelas, pengusaha dikehendaki memasang alat untuk menyedut keluar asap rokok di ruang makan yang dibolehkan merokok.

  • Hentian pengangkutan awam (stesen bas, stesen kereta api, lapangan terbang).

  • Tempat ibadat atau suci (masjid, surau, gereja, kuil).

  • Kenderaan awam (bas, bas sekolah, kereta api, teksi, LRT dan kapal terbang).

  • Seluruh kawasan institusi pengajian awam dan swasta (taman asuhan kanak-kanak, tadika, sekolah, pusat pengajian tinggi).

  • Seluruh kawasan pejabat kerajaan dan tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan dalam bangunan.

  • Kawasan digunakan untuk aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.

  • Lif dan tandas awam.

  • Stesen minyak.


    Mereka yang melanggar subperaturan (1) itu melakukan kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun.

    Setakat ini kompaun yang dikenakan ialah RM200 dan perlu dibayar dalam tempoh dua minggu. Kegagalan berbuat demikian, perokok boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Pemilik mana-mana premis perniagaan terutama restoran yang tidak mematuhi peraturan larangan merokok seperti sengaja membenarkan pelanggannya merokok di ruang tidak merokok boleh dikenakan kompaun sebanyak RM400.

    “Pemilik boleh menegur pelanggan untuk tidak merokok atau memindahkan mereka ke ruang yang dibenarkan merokok. Jika tiada sebarang langkah diambil, pelanggan lain boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan.

    “Hasil penguatkuasaan sivil maka wujudlah panggung wayang yang bebas asap rokok. Malah dua pusat beli-belah di Kuala Lumpur, The Garden dan Jusco Alpha Angle sudah berikrar menjadikan kawasan mereka bebas rokok. Pemilik perniagaan sebenarnya ada ‘kuasa untuk bersuara’ bagi melarang pelanggannya merokok. Ini adalah langkah penting untuk sama-sama mendidik masyarakat,” katanya.

    Pada 2004, kerajaan melancarkan kempen ‘Katakan Tak Nak’ untuk mengekang tabiat merokok. Ada pihak berpendapat kempen yang menelan belanja RM20 juta itu tidak berjaya mengajak rakyat berhenti merokok tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan pada 2006 didapati peratusan perokok di negara kita turun sedikit daripada 24.8 peratus (1996) kepada 22.8 peratus (2006).

    Perbezaan dua peratus ini mungkin dianggap kecil bagi sesetengah pihak berbanding wang yang dibelanjakan tetapi langkah ini perlu dilihat daripada skop yang lebih luas iaitu untuk memberi pendidikan dan kesedaran.


    E-rokok, cerut dan sisha

    Ramai sedar bahaya merokok dan mencuba pel�bagai cara untuk berhenti. Malangnya bukan mudah untuk berhenti merokok. Pakar perubatan mengkategorikan ketagihan rokok dikategorikan sebagai penyakit yang memerlukan rawatan doktor.

    Desakan merokok pada waktu pagi (selepas bangun tidur) adalah keinginan yang paling sukar dikawal dan antara sebab utama orang kembali menyedut asap beracun itu terutama bagi mereka yang dalam usaha berhenti.

    Dalam usaha ini ada yang beralih kepada rokok elektronik atau e-rokok. E-rokok yang menggunakan kuasa bateri akan memanaskan cecair dan mengeluarkan asap apabila dihisap. Ia diilhamkan oleh ahli farmasi China, Hon Lik pada 2003 dan mula meng�eksportnya pada 2005.


    Adakah e-rokok lebih baik?

    Kata Dr Sallehudin, ia adalah antara cubaan pe�ngeluar rokok untuk meng�galakkan orang merokok. Rokok adalah perniagaan yang sangat menguntung�kan kerana kos menghasilkan sebatang rokok hanyalah dua sen dan dijual pada harga 50 sen.

    “E-rokok ada dua jenis iaitu mengandungi nikotin atau tanpa nikotin. E-rokok yang ada nikotin lebih popular. Bagi pengeluar dan perokok sendiri, e-rokok dianggap cara bijak untuk mengatasi masalah ketagihan rokok yang akan mengurangkan kesan buruk merokok.

    “Perokok masih boleh menikmati rokok (nikotin) tanpa 4,000 bahan kimia berbahaya. Kesan kepada kesihatan tidak seburuk rokok biasa sebab ia hanya mengandungi nikotin,” katanya.

    Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengiktiraf e-rokok sebagai salah satu kaedah terapi penggantian nikotin kerana tiada kajian klinikal dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya sebagai terapi untuk berhenti merokok. Kaedah yang diiktiraf setakat ini adalah tampalan nikotin, inhaler atau gula-gula berubat (lozeng).

    Malah, ada banyak kajian mendapati e-rokok mengandungi bahan kimia lain yang boleh membahayakan kesihatan walaupun kesannya tidak sehebat rokok biasa.

    Bahaya cerut sama seperti rokok yang boleh menyebabkan anda ketagih nikotin. Kandungan bahan kimia berbahaya daripada sebatang cerut bersamaan dengan beberapa batang rokok. Sisha pula lebih berbahaya kerana ia turut mengandungi bahan lain. Kajian mendapati sisha menghasilkan 35 hingga 70 peratus lebih karbon monoksida berbanding rokok!


    Kesan pada kesihatan

    Meskipun ramai orang tahu kesan buruk rokok, tetapi tidak salah rasanya jika ia diulang lagi sebagai peringatan bersama. Antara kesannya ialah:


  • Merokok mempercepat�kan kemerosotan mental.

    Kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Neurologi (Mac 2010) mendapati perokok mengalami kemerosotan mental lima kali lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok. Ini bermakna merokok akan mempercepatkan seseorang mengalami masalah dementia atau Alzheimer (nyanyuk).


  • Merokok meningkatkan risiko mendapat penyakit lupus.

    Lupus ialah sejenis pe�nyakit autoimun yang boleh menyebabkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu di seluruh badan. Pe�nyelidik di Universiti Harvard mendapati merokok boleh meningkatkan risiko sese�orang mendapat penyakit lupus.


  • Merokok membuat anda nampak lebih cepat tua.

    Merokok akan menyebab�kan kulit kehausan oksigen dan nutrien. Kulit kelihatan pucat dan perkara ini turut berlaku pada perokok muda. Pada masa sama, kulit akan lebih cepat kendur, sumbangan daripada 4,000 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok.


    Kebanyakan bahan kimia ini merangsang proses kemusnahan kolagen dan elastin pada kulit yang membuatkan kulit hilang kekuatan dan keanjalannya. Kesannya, kulit akan menjadi kendur dan kedut yang terhasil biasanya lebih dalam atau jelas.

    Kehilangan keanjalan dan kekuatan kulit ini tidak hanya pada muka bahkan membabitkan seluruh badan terutama di bahagian lengan dan payudara.


  • Kedutan tepi mata.

    Bagi perokok kedutan tepi mata muncul lebih awal dan nampak jelas. Ini adalah kesan haba daripada api rokok dan kekerapan mengejipkan mata untuk mengelakkan asap rokok memasuki mata. Bahan kimia daripada asap rokok juga menyebabkan kerosakan dalaman pada struktur kulit dan salur darah di sekeliling mata.


  • Gigi dan gusi rosak.

    Antara kesan asap rokok yang nyata ialah warna karat pada gigi. Kerosakan dalam mulut ini tidak berhenti di situ kerana perokok juga berpotensi mengalami penyakit gusi, nafas berbau dan masalah kebersihan mulut yang lain. Perokok mempunyai kebarangkalian dua kali ganda mengalami kehilangan gigi awal berbanding bukan perokok. Malah kajian membuktikan rokok adalah penyebab utama kepada kanser mulut.


  • Kuku, gigi dan kulit terutama di celah jari menjadi kuning. Ini adalah kesan daripada asap rokok. Berita baiknya warna kekuningan ini akan pudar apabila anda berhenti merokok.

    Kajian menunjukkan jika anda berada dalam lingku�ngan 90 sentimeter (tiga kaki) daripada orang yang merokok di tempat terbuka, kesan asap rokok sama seperti jika berada dalam bangunan.

    Perokok sekunder juga berisiko 25 hingga 30 peratus mendapat penyakit koronari arteri dan kanser paru-paru. Malah perokok tertier (iaitu individu tidak merokok, tidak menghidu asap rokok tetapi tercium bau asap rokok) juga berisiko mendapat kanser dan penyakit jantung.


    Merokok dan pening�katan risiko kesihatan berbanding individu tidak merokok:

  • Penyakit jantung koronari - dua hingga empat kali lebih tinggi

  • Kanser paru-paru - 23 kali ganda (bagi lelaki) dan 13 kali (bagi perempuan)

  • Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) - 12 hingga 13 kali lebih tinggi
    Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), di Amerika Syarikat saja penyakit berkaitan rokok membunuh kira -kira 178,000 wanita setiap tahun. Secara purata, wanita berkenaan meninggal 14.5 tahun lebih awal kerana rokok.


    Perokok wanita berhadapan dengan penyakit yang sama dengan perokok lelaki, tetapi kajian menunjukkan perokok wanita mendapat penyakit berkenaan lebih cepat. Maknanya tempoh mereka merokok adalah lebih pendek untuk mendapat penyakit berbanding perokok lelaki. Malah, tahap penyakit akibat rokok atau berkaitan rokok juga lebih teruk pada wanita.

    Senarai masalah bagi wanita perokok sebenarnya lebih panjang kerana merokok juga dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan (sukar mendapat anak), kelahiran tidak cukup bulan, kematian bayi ketika dilahirkan, bayi terlalu kecil dan tidak cukup berat serta sindrom bayi mati mengejut (SIDS).

    Malah ketumpatan tulang wanita yang merokok lebih rendah berbanding wanita tidak pernah merokok. Wanita merokok juga mempunyai risiko lebih tinggi mengalami keretakan tulang pinggul.

    Jika dulu tumpuan hanya diberikan kepada perokok primer dan sekunder, kini pakar perubatan mula bimbangkan kesan asap rokok pada perokok tertier. Ini adalah kumpulan yang boleh mendapat kesan negatif daripada pengumpulan bahan dalam asap rokok yang melekat pada perabot rumah atau bangku kereta misalnya.

    Ramai ibu bapa perokok tidak sedar bahan-bahan beracun ini boleh menjejaskan kesihatan anak kecil kerana setiap batang rokok mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya. Ada pakar berpendapat menurunkan cermin kereta untuk merokok tidak membantu mengurangkan bahaya asap rokok pada penumpang lain.

    Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, tanamkan azam untuk berhenti merokok. Di negara kita ada 300 klinik berhenti merokok dan 992 perunding kesihatan bertauliah yang boleh membantu anda. Hubungi talian 03-88834400 untuk sebarang pertanyaan me�ngenai perkhidmatan klinik berhenti merokok.



    Kaedah melawan keinginan merokok

  • Lengahkan merokok. Apabila terasa mahu merokok, beritahu diri sendiri untuk tunggu 10 minit dan lakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anda daripada rokok. Ulang kaedah ini selagi anda terdaya.

  • Jangan kata ‘hanya sebatang saja’. Jangan terperangkap dengan pujukan keinginan merokok kerana biasanya anda tidak akan berakhir dengan sebatang saja.

  • Elakkan perkara yang boleh merangsang keinginan merokok. Ini termasuk melepak dengan kawan perokok.

  • Bersenam. Aktiviti fizikal boleh membantu mengalihkan perhatian anda pada rokok. Malah senaman dalam pejabat atau rumah dengan naik turun tangga atau senaman ringan lain juga sangat berguna khususnya jika anda kerap merokok kerana bosan.

  • Amalkan teknik berehat. Jika dulu rokok menjadi teman rehat anda, kini ia boleh ditinggalkan kerana rokok akan membuat badan lebih ‘tertekan’ dan sakit. Cuba yoga, urut, teknik pernafasan, senaman atau hipnosis.

  • Mengunyah. Setiap kali anda mahu merokok, kunyah gula-gula getah atau kulum gula-gula keras. Anda juga boleh makan buah-buahan, lobak merah atau batang saderi.

  • Cuba kaedah terapi penggantian nikotin - sama ada tampalan, inhaler atau lozeng. Dapatkan bantuan dan sokongan daripada mana-mana klinik berhenti merokok yang berdekatan.
  • Pengkelasan bawa impak negatif

    BERJAYA...gandingan mantap penyelidik lama dan muda boleh menghasilkan kejayaan lebih tinggi untuk manfaat bersama.
    BERJAYA...gandingan mantap penyelidik lama dan muda boleh menghasilkan kejayaan lebih tinggi untuk manfaat bersama.

    TIMBUL desas-desus kurang enak apabila ada segelintir pihak mempertikaikan kemampuan penyelidik muda yang dikatakan kurang menyengat berbanding penyelidik lama.

    Bukan bertujuan menyangkal kemampuan golongan terbabit, namun jika dibandingkan dengan orang lama, hasilnya pasti berbeza.

    • Foto

      PEMBANGUNAN ILMU...bidang penyelidikan juga menyumbang kepada penarafan dan pengembangan ilmu hingga ke peringkat global.

    • Foto

      BERKEPAKARAN...tidak dinafikan penyelidik lama lebih berkepakaran, namun itu bukan alasan untuk memperlekehkan kemampuan penyelidik lain.

    • Foto

      UNTUK INSTITUSI...kejayaan penyelidikan bukan hak peribadi, namun dikongsi bersama untuk pembangunan institusi, negara dan masyarakat.

    Apatah lagi, bidang penyelidikan negara baru saja menjengah frasa baru dalam industri tempatan dan global, justeru, tanggapan itu boleh mencacatkan pandangan dan mempengaruhi pemikiran mereka yang dangkal.

    Persoalannya, adakah benar penyelidik muda kurang pengalaman, tidak matang serta mudah putus asa ketika menjalankan tanggungjawab?


    Atau adakah penyelidik lama masih mampu memberi ‘ sentuhan ‘emas’ sehingga menenggelamkan kemampuan penyelidik muda di mata masyarakat.


    Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pahang, Profesor Madya Dr Muhammad Nor Omar, berkata tidak perlu mempertikaikan soal kemampuan penyelidik muda atau lama kerana bidang penyelidikan bukan pentas mencipta kepentingan peribadi.

    Beliau berkata, bidang itu menjadi platform mereka berbakti kepada kehidupan sejagat melalui sumbangan ilmu dan penemuan terbaru yang sentiasa dipertingkatkan bagi manfaat bersama.

    “Apabila masyarakat mempersoalkan kemampuan penyelidik muda, ia boleh menimbulkan konflik dan ketidakadilan sedangkan yang perlu ditekankan ialah kesanggupan serta tang�gungjawab mereka berbakti untuk masyarakat.

    “Pengkelasan itu juga akan menimbulkan impak negatif seolah-olah hasil sumbangan tidak bagus dan boleh dipersoalkan.

    “Bukankah ini tidak adil dan boleh mengendurkan semangat sedia ada?

    “Banyak yang boleh diberikan oleh golongan ini kerana mereka muda dan penuh dengan idea serta inspirasi.

    “Jangan patahkan cita-cita penyelidik muda ini dengan melabelkan mereka mengikut kelas tertentu,” katanya.

    Dari segi pengalaman, mung�kin tidak setanding penyelidik lama, namun gandingan bersama membantu mereka belajar dan melonjakkan lagi hasil penemuan.

    Malah, tidak perlu menimbulkan isu sama ada penyelidik muda boleh melakukannya atau tidak sebaliknya keperluan perlu dinilai melalui pengalaman, semangat serta kemahuan untuk berjaya.

    “Dari segi pengalaman, mungkin masih tidak setanding penyelidik lama, namun tidak bermakna mereka tidak boleh melakukan.

    “Masyarakat harus sedar, tanpa penyelidik muda, bidang ini mungkin tidak boleh berkembang pantas kerana majoriti penyelidik hari ini terdiri daripada golongan itu,” katanya.

    Konflik antara penyelidik muda dan lama meskipun tidak sehangat isu lain masih mampu mengundang dilema apatah lagi masyarakat sering memberi penilaian kontra terhadap dua golongan terbabit.

    Dikatakan penyelidik muda meskipun bertenaga, berinovasi dan bercita-cita tinggi, namun masih tidak berupaya mencapai standard diingini.

    Manakala penyelidik lama pula dilihat lebih matang, berpengalaman serta mampu membawa nama institusi ke peringkat dibanggakan selain sering menjadi pilihan.

    Sekali gus ditakuti bakal mewujudkan konflik serta pilih kasih hingga menjejaskan dunia penyelidikan negara.

    Mengulasnya, beliau berkata pandangan skeptikal seperti itu perlu dihapuskan bagi memastikan setiap penyelidik tidak tertindas atau dimanipulasikan.

    “Walaupun masyarakat berhak menyatakan setiap pandangan, biarlah berasas supaya penyelidik ini tidak ditindas dengan pandangan skeptikal sekali gus membantutkan kerancakan dunia penyelidikan negara.

    “Mengapa mesti membuat penilaian begitu sedangkan kemampuan mereka masih belum teruji sepenuhnya.

    “Apatah lagi, untuk membina pengalaman perlu melalui jalan panjang.

    “Penyelidik lama juga bermula sebagai penyelidik baru.

    “Perlu diingat, setiap penyelidikan bukan melihat kepada kepakaran atau pengalaman semata-mata, namun banyak aspek perlu dinilai,” katanya.

    “Jika dilihat hasil penemuan dunia penyelidikan hari ini, tidak semuanya datang dari hasil penyelidik lama malah ada juga penyelidik baru memberi idea luar biasa.

    “Pandangan setiap penyelidik berbeza namun perbezaan itu bukan halangan sehingga menimbulkan konflik peribadi,” katanya.

    Sama ada penyelidik muda atau lama, akuinya, masing - masing mempunyai cita - cita tinggi untuk menghasilkan penemuan baru yang boleh membantu antara satu sama lain.
    “Andaian untuk membolot nama hanyalah satu pandangan salah.

    “Sebagai penyelidik, bukan kemasyhuran yang dicari, sebaliknya hasrat membantu orang lain dengan penemuan baru lebih utama.

    “Justeru, tidak perlu menimbulkan andaian bahawa penyelidik muda atau lama berkonflik hanya semata - mata untuk menunjukkan siapa yang terbaik.

    “Sebagai profesional dan ahli akademik, penggabungan ilmu untuk melahirkan masyarakat ilmuwan adalah lebih penting dari segalanya, bukannya mencari nama semata-mata demi kepentingan diri sendiri,” katanya.

    Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada penyelidik baru berlagak diva dan tidak menghormati orang lain namun jumlahnya sangat kecil.

    “Penyelidik juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada konflik emosi, namun kebanyakannya masih lagi waras untuk berbuat demikian.

    “Sebaliknya kami sering bergabung kerana untuk menghasilkan idea atau penemuan baru bukan mudah.

    “Kelebihan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.

    “ Dalam dunia penyelidikan, bukan status menjadi taruhan sebaliknya kepuasan dan kejayaan menghasilkan penyelidikan baru adalah sasarannya.

    “Justeru jangan jadikan isu ini untuk melagakan satu sama lain,” katanya.



    INFO

    DALAM mencapai sasaran menambah nisbah saintis, penyelidik dan jurutera dalam bidang sains dan teknologi yang kini berjumlah 26 orang bagi setiap 10,000 tenaga kerja, kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) khususnya, tampil dengan beberapa program dalam memupuk budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) di kalangan rakyat.

    Antaranya memperkenalkan tiga bentuk geran seperti yang diumumkan dalam RMK-9 antaranya Geran TeknoFund khusus untuk Industri dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjumlah RM1.5 bilion.

    Dua lagi geran lain ialah Geran ScienceFund untuk IPTA/IPTS dan institusi penyelidikan berjumlah RM1.2 bilion yang turut memperuntukkan penyelidik yang layak dengan royalti bagi R&D yang dikomersialkan serta Geran InnoFund yang dikhaskan untuk industri kecil dan sederhana, individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM200 juta.

    Kesemua geran-geran R&D yang dipohon itu turut me�ngambil kira kos mempaten penyelidikan yang dijalankan sekali gus meletakkan negara di landasan yang tepat dalam mencapai nisbah 60 orang penyelidik dalam 10,000 tenaga kerja menjelang 2020.

    Tidak pandang belakang

    pix_gal0
    Tomok selesa teruskan kerjaya seni secara solo

    SEJARAH Mungkin Berulang, antara lagu yang melonjakkan nama kumpulan remaja popular sekitar 1999, New Boyz apabila mencipta kegemilangan sendiri dalam kalangan kumpulan band remaja.

    Mereka digilai remaja seusia bukan saja di negara sendiri, malah turut mendapat tempias peminat dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
    Judul lagu itu juga menjadi taruhan kepada vokalisnya, Shah Indrawan Ismail atau Tomok yang kini bergerak solo untuk mengulangi fenomena kebangkitan mereka di dalam muzik arus perdana.
    Biarpun sudah berjaya mencipta nama lebih sembilan tahun sehingga 2008, Tomok memberanikan diri untuk menyertai program realiti One In A Million (OIAM) pada 2009 bagi menguji tahap kualiti bakatnya.

    Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila dinobat sebagai juara OIAM.
    Sejak itu, Tomok berjaya mengisi namanya di dalam senarai penyanyi popular tanah air, sekali gus berada di tahap selesa sebagai penyanyi yang boleh dibanggakan di dalam industri hiburan.

    Mahu bertaraf legenda
    JEJAKA berusia 27 tahun itu semakin matang menyusun segala perancangan kariernya. Impiannya mahu memastikan namanya dalam persada seni ini sentiasa diingati, malahan kalau boleh hendak meletakkan dirinya setaraf legenda.
    “Atas sasaran itu saya harus memastikan segala produk seni yang saya keluaran harus menepati piawaian yang saya sendiri tetapkan,” katanya.

    Tidak hairanlah album solo pertamanya berjudul Tomok OIAM3 yang dihasilkan pada 2009, memuatkan 12 lagu dan diterbitkan Oktober tahun lalu itu berjaya melahirkan sehingga enam single popular.

    “Menerusi album itu saya sudah ada lima single dan dua sudah daripadanya dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-24 dan 25.

    “Secara peribadi, memang agak susah mendapatkan dua single dalam satu album, tetapi saya sudah buktikan single ke enam bakal direalisasikan dalam masa terdekat ini. Saya kini sedang giat mempromosikan single keenam berjudul Merentas Masa,” katanya yang sangat gembira apabila pembikinan album terbarunya mendapat bekerjasama daripada tenaga profesional dan berpengalaman seperti Audi Mok, Aubrey Suwito, Edry KRU dan Aidit Alfian.

    Tomok juga mengakui sukar menangani penyakit yang sering dihadapi bagi setiap artis ketika mengadakan persembahan biarpun pengalamannya di dalam bidang nyanyian sudah mencapai 11 tahun.

    “Perasaan gugup ketika berada di pentas tetap ada. Kebanyakan penyanyi baru mahupun yang lama akan mengalami masalah ini. Ia normal. Ia juga baik untuk mengingatkan kita bahawa jangan terlalu selesa dan yakin.

    Saya pernah merasai pengalaman berhadapan dengan peminat yang fanatik sehingga pentas yang kami mengadakan persembahan roboh, peminat pengsan sudah saya lalui, ia adalah kenangan paling manis saya bersama peminat yang akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya yang mengakui masih bersama New Boyz selaku vokalis.

    8 tahun simpan rahsia

    Sementara itu, perkenalan yang sudah berlanjutan lebih lapan tahun bersama Siti Rahayu Abas, 31 cukup kemas terjaga sehingga tiada satu media pun dapat menghidu perhubungan mereka.

    Mereka bakal menamatkan perhubungan itu dengan satu ikatan yang lebih utuh sebagai pasangan suami isteri pada 1 Julai depan.

    “Saya mengenali bakal isteri sudah lapan tahun dan Alhamdulillah perhubungan itu terjalin dengan baik, memang ramai yang tidak tahu perhubungan kami kerana sebelum ini saya lebih suka media menumpukan kepada karier nyanyian.

    “Memang saya saya tidak pernah membawa bakal isteri saya menghadiri mana-mana majlis. Insya-Allah saya cukup bersedia memikul tanggungjawab saya sebagai suami dan menantu.

    “Sebelum ini saya bujang, tanggungjawab itu masih kecil dan kini selepas berkahwin, tanggungjawab saya semakin besar, saya harus memikirkan bagaimana hendak mengambil hati isteri, ibu dan bapa mentua serta sanak-saudara belah isteri,” katanya.

    Kesibukan kariernya kini terpaksa diketepikan demi menguruskan majlis yang paling bermakna di dalam hidupnya.

    “Saya kini di dalam peringkat akhir mengadakan persediaan perkahwinan. Perkara wajib yang membabitkan urusan pernikahan dan pendaftaran perkahwinan sudah diselesaikan sejak awal termasuklah kursus perkahwinan yang sudah diikuti pada Januari lalu.

    “Kad undangan juga akan diedarkan kepada semua tetamu termasuk media di dalam masa terdekat ini,” katanya yang akui tetap menerima maklum balas daripada peminat mengenai pengumuman menamatkan zaman bujangnya.

    Katanya, dirinya bertuah kerana keputusan berkahwin bersama pilihan hatinya turut mendapat restu daripada peminat.

    “Alhamdulillah saya menerima maklum balas yang cukup positif daripada mereka. Apa yang penting peminat pun memahami keputusan yang saya buat kerana setiap manusia juga mempunyai perancangan masa depan dan mereka menghormatinya.

    “Bagi saya, walaupun seseorang penyanyi itu sudah berkahwin, namun jika ia kekal mengeluarkan produk yang berkualiti, insya-Allah mereka tetap memberikan sokongan yang tidak putus,” katanya.

    TV AlHijrah tambah waktu siaran

    TV AlHijrah akan dapat diikuti lebih lebih 13 juta penonton pelanggan Astro apabila mula bersiaran menerusi saluran 114 bermula esok (1 Jun).
    Siaran di Astro ini adalah tambahan kepada siaran secara percuma yang sedia ada sekarang yang meliputi Terengganu, Pahang, Lembah Klang, Utara Johor, Sabah dan Sarawak
    Dengan keluasan liputan siaran dan pertambahan penonton berpotensi, TV AlHijrah mulai 1 Jun 2011 ini , menambah waktu siaran daripada 72 jam kepada 100 jam seminggu TV AlHijrah akan memulakan siaran lebih awal berbanding sekarang. Siaran di hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada 7 pagi hingga 12 tengah malam, manakala Isnin hingga Khamis siarannya bermula 12 tengahari hingga 12 tengah malam.Pertambahan siaran ini dilakukan untuk menyajikan program terbaik dalam pelbagai ‘genre’ untuk memenuhi selera penonton dengan kandungan Islam yang kreatif dan menarik walaupun TV AlHijrah baru berusia enam bulan.

    Sesuai dengan tagline, Segalanya bermula di sini, TV AlHijrah akan memperkenalkan satu program realiti yang diberi nama Solehah, iaitu program mengenai pencarian bakat pendakwah dikalangan wanita dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru pendakwah wanita.

    Pemilihan peserta akan berdasarkan kepada pengetahuan dalam bidang agama, pengetahuan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran, dan tinggi budi bahasa.
    Sesi uji bakat akan diadakan pertengahan Jun ini, terbuka kepada penuntut di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
    Selain itu, TV AlHijrah juga akan memperkenalkan program menarik seperti Madrasah AlHijrah, Reflection, Khidmat Syariah dan Cinta Masjid.

    Cinta Masjid adalah satu acara tanggungjawab sosial korporat yang mana TV AlHijrah akan mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai acara di masjid di seluruh negara. Cinta Masjid akan bermula Julai nanti yang juga akan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi di bawahnya.

    ‘Jangan besarkan gosip’

    Kisah hubungan cinta Fahrin dengan anak penerbit heboh diperkatakan

    JEJAKA kacak bertubuh sasa ini duduk di hadapan sekumpulan media ibarat seorang pesalah yang sedang menanti hakim menjatuhkan hukuman. Hati bergetar, jantung berdebar. Cuma bezanya, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya seolah-olah mengetahui apa tujuan temubual petang itu diadakan.

    Pastinya apa yang berlegar di benak pelakon Fahrin Ahmad adalah perkara itu tentunya ada kaitan dengan gosip yang mengatakan yang dia kini dijangkiti virus cinta seorang penerbit, Zetty Adila Ramly yang juga anak kepada pemilik syarikat produksi Global Station Network, Zaiton Muhd Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.
    Sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman seperti ini, Fahrin bijak mengawal situasi. Justeru, dari awal lagi dia meminta kepada edia supaya tidak terlalu digembar-gemburkan perkara ini.“Memang tiada hubungan cinta. Tak perlulah memperbesar-besarkan perkara ini kerana memang tiada apa yang berlaku antara kami kecuali hubungan sebagai pelakon dan penerbit. Saya tak mahu apabila perkara ini digembar-gemburkan, orang akan salah sangka.

    “Sebagai pelakon yang bekerja di bawah syarikat Global Station Network, saya tak nak nanti orang akan menganggap berlaku pilih kasih apabila saya dilihat kerap berlakon di bawah produksi syarikat ini. Itu akan menyusahkan pihak produksi dan saya sendiri. Saya tak mahu disebabkan gosip ini, produksi itu tidak mahu mengambil saya berlakon di kemudian hari,” kata Fahrin ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Suria di Cordoba arahan Mohamed Feroz Kadir.

    Tambahnya, perkara itu mungkin timbul disebabkan ada yang melihat kemesraan mereka bagaikan pasangan kekasih.

    “Biasalah pelakon dan penerbit memanglah kena mesra. Tapi tidaklah seperti pasangan bercinta,” pinta Fahrin mengharap secebis pengertian.
    Bukan saja Fahrin yang tak selesa dengan gosip itu, Adila juga berkongsi rasa yang sama. Walaupun agak keberatan mengulas perkara itu pada awalnya, namun untuk tidak mahu terus mengelirukan pelbagai pihak, Adila mengalah juga akhirnya.

    “Masa mula-mula mendengar gosip itu, memang kelakar sangat. Tapi apabila ramai yang bertanyakan perkara sama, saya mula tak selesa.

    “Antara saya dengan Fahrin, hubungan kami terbatas setakat kerja. Mungkin orang melihat status kami sama-sama single membuatkan kami digosipkan bercinta,” katanya dalam nada yang cukup tenang.

    Diusik pertanyaan adalah pemergiannya ke Cordoba itu bertujuan menemani Fahrin, Adila menafikan sekeras-kerasnya.

    “Saya memang kena berada di Cordoba kerana diperlukan untuk menguruskan pelbagai perkara termasuk permit. Lagipun pada masa itu, pelakon Sari Yanti hanyalah seorang saja pelakon wanita yang ada. Jadi saya perlu menemaninya, apatah lagi dia sedang hamil,” katanya yang juga mengharapkan agar gosip ini segera dihentikan supaya pelakon lain tidak salah anggap dengan saya dan menuduh saya ini cuba mengamalkan sikap pilih kasih.

    Rehat dari berlakon drama bersiri

    BANYAK komitmen yang perlu diberi perhatian apabila memilih untuk membintangi drama episod. Dan perkara yang harus menjaga keutamaan adalah waktu penggambaran yang agak panjang seperti yang dilalui Fahrin untuk drama Suria di Cordoba ini.Dan disebabkan itulah Fahrin berkata dia mahu berehat dari berlakon dalam drama bercorak rantaian.

    “Tempoh penggambaran yang panjang membuatkan saya tidak mahu berterusan berlakon dalam drama bersiri. Untuk menghasilkan mutu lakonan yang baik, saya memang tidak mengambil tawaran lain.

    “Justeru, selepas ini saya mahu berehat seketika daripada berlakon dalam drama bersiri. Lagipun saya akan terbabit dalam perniagaan internet. Maklumat lanjut mengenai perkembangan terbaru ini saya hebahkan dalam sidang media khas. Masa itu nanti saya akan jelaskan segala-galanya,” kata fahrin yang bakal bekerjasama dengan jutawan internet, Irfan Khairi untuk projek khas itu.
    Mengenai kesediaannya berlakon dalam drama bersiri itu, Fahrin berkata pakej yang ditawarkan produksi berkenaan membuka hatinya untuk membawakan watak sebagai Tengku Huzir.

    “Drama ini menyaksikan saya melakonkan tiga peralihan watak, daripada seorang yang jahil berubah kepada seorang yang dekat dengan agama. Selain wataknya yang menarik, Global Station Networks juga mempunyai reputasi yang baik di kalangan pelakon, tidak bermasalah serta pasangan pelakon yang memang saya selesa untuk berlakon bersama mereka.

    “Saya akui memang cerewet dari segi itu dan bila berpuas hati, barulah saya setuju untuk terbabit dalam produksi itu,” katanya.

    PROTON bakal masuk Poland

     PEMBABITAN PROTON dalam arena sukan seperti Rali Antarabangsa   mendorong minat syarikat asing pasarkan kereta nasional.
    PEMBABITAN PROTON dalam arena sukan seperti Rali Antarabangsa mendorong minat syarikat asing pasarkan kereta nasional.
    Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke Eropah

    JENAMA Proton semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa apabila sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan.

    Selain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.
    Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu.

    “Marvipol sudah menyatakan minat kepada PROTON untuk menjadi pengedar eksklusif kenderaan Proton dan Lotus di Poland. Kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan dan ia masih lagi pada peringkat awal.

    “Jika tiada aral melintang, pengurusan PROTON dijangka mengusulkan rancangan ini (mengeksport kenderaan PROTOn dan Lotus ke Poland) kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan secepat mungkin supaya kumpulan pertama (kereta PROTON dan Lotus) dapat dieksport tahun depan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

    Sumber itu berkata, model kereta PROTON dan Lotus yang akan dieksport ke Poland masih belum dimuktamadkan, namun difahamkan, antara model berpotensi ialah Exora, Satria Neo, Persona serta kereta global pertamanya, Emas.
    Model Lotus pula Lotus adalah Esprit, Elan, Elite, Eterne dan Elise.

    Pengurusan PROTON gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.

    Namun, penganalisis automotif berkata, jika rundingan antara Proton dan Marvipol itu dimuktamadkan, ia meletakkan PROTON dalam landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi satu jenama global yang dapat diterima baik di pasaran antarabangsa.

    “Syarikat yang ditubuhkan pada 1985 itu dilihat makin matang dan ia kini lebih bersedia menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding pasaran domestik,” katanya sambil menambah langkah pengembangan pasaran eksport PROTON itu juga seiring perubahan landskap industri permotoran global yang menuntut pengeluar kereta nasional itu menetapkan hala tuju baru untuk terus kekal berdaya saing.

    Ketika ini kira-kira 70 peratus daripada kereta PROTON dijual di pasaran domestik dan antara 20 peratus hingga 25 peratus dieksport.

    Selain pasaran Asia Tenggara, antara negara yang sudah diterokai PROTON termasuk Iran, China, Mesir dan India tidak lama lagi.

    CELCOM Axiata perkenal 5 perayauan antarabangsa

    CELCOM Axiata Bhd memperkenalkan lima kadar perayauan antarabangsa lebih komprehensif dengan panggilan serendah RM3.50 seminit, manakala SMS pula daripada 65 sen untuk pelanggan pascabayar dan korporatnya.

    Menerusi pakej baru itu, Celcom menyatukan lebih 160 kadar perayauan antarabangsanya kepada lima kadar zon dengan kadar rata.
    Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata zon pertama membabitkan Singapura dengan pelanggan hanya dicaj RM1.90 untuk panggilan antara perayauan dan panggilan ke Malaysia dengan RM3.50 seminit, manakala 65 sen untuk setiap SMS.
    Beliau berkata, zon kedua membabitkan negara Asia Pasifik, pelanggan hanya dicaj RM3 untuk panggilan antara perayauan dan RM5.50 untuk panggilan ke Malaysia setiap minit, selain 98 sen untuk setiap SMS.

    Sementara zon ketiga pula membabitkan Eropah, Amerika Utara dan Kanada dengan kadar panggilan antara perayauan hanya RM3.50 dan panggilan ke Malaysia RM8.50 seminit, manakala caj 98 sen untuk setiap SMS.

    “Bagi zon empat untuk negara Asia Barat dan zon kelima (seluruh dunia), kadar rata untuk panggilan antara perayauan masing-masing RM3.50 dan RM4, manakala panggilan ke Malaysia pula hanya RM10 dan RM12 seminit sementara setiap SMS dicaj 98 sen,” katanya.

    Menerusi kadar baru itu, Shazalli berkata, pelanggan Celcom akan menikmati penjimatan caj panggilan suara sehingga 38 peratus, manakala kadar lebih murah dengan tambahan penjimatan kira-kira 25 peratus untuk panggilan berbanding kadar terdahulu di 15 negara yang sering dilawati pelanggannya termasuk United Kingdom, Singapura, Jepun, Indonesia, Amerika Syarikat dan China.
    Bagi memenuhi keperluan pelanggan, katanya, Celcom turut memperkenalkan perayauan data tanpa had menerusi rakan rangkaian di 12 negara untuk kadar rata rendah tunggal RM38 sehari di bawah kempen Axiata Roam.

    MEASAT tawar khidmat satelit jalur lebar

    MEASAT Global Bhd (MEASAT), pengendali satelit tunggal negara akan menawarkan perkhidmatan satelit jalur lebar di pasaran tempatan, mulai 1 September ini, menerusi penggunaan khidmat satelit yang dikenali sebagai MEASAT-5.

    Ia susulan termeterainya perjanjian membabitkan anak syarikat Measat dengan pengendali satelit swasta tunggal Thailand, Thaicom Public Company Ltd (Thaicom) di Nonthaburi, Thailand, semalam.
    Perjanjian membabitkan tempoh 10 tahun itu membolehkan Measat diberikan hak eksklusif penggunaan sebahagian besar kapasiti dalam satelit milik Thaicom, iaitu IPSTAR, sehingga tujuh peratus.
    Menerusi hak eksklusif itu, ia membolehkan Measat menjadi sebahagian operator pengendali satelit IPSTAR, sekali gus dapat menyediakan kemudahan kapasiti jalur lebar serta lain-lain perkhidmatan jalur lebar yang berkaitan untuk dipancarkan di Malaysia.

    Pengerusi Measat, Datuk Umar Abu, berkata inisiatif MEASAT-5 itu adalah sejajar misi kumpulan itu untuk menjadi pembekal perkhidmatan komunikasi satelit dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia.

    “Perkongsian dengan Thaicom dalam projek ini akan membolehkan Measat mengembangkan sokongannya kepada syarikat telekomunikasi tempatan dalam menyediakan sambungan ke semua kawasan di Malaysia sejajar dengan projek Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

    Beliau berkata, pancaran satelit daripada IPSTAR itu berupaya menjanakan spektrum jalur lebar yang memiliki kapasiti sekitar 1,894 megahertz (MHz), atau sehingga 3.3 gigabit sesaat (Gbps) sambungan Protokol Internet.
    “Pancaran yang diperoleh itu dijana daripada tujuh peratus daripada kapasiti jalur lebar keseluruhan satelit IPSTAR. Bahagian Malaysia ini akan dipasarkan sebagai MEASAT-5,” katanya.

    Sebagai tambahan, Measat menerusi anak syarikatnya, Measat Satellite Systems Sdn Bhd turut akan memperoleh kemudahan IPSTAR sedia ada, yang akan dipindahkan ke Pusat Teleport dan Penyiaran Measat di Cyberjaya.

    Umar berkata, MEASAT merancang menyediakan kapasiti jalur lebar di MEASAT-5 kepada pengendali telekomunikasi sedia ada dan baru di seluruh negara bagi perkhidmatan mudah alih dan untuk menyokong inisiatif kerajaan termasuk Penyediaan Perkhidmatan Universal ke kawasan yang tiada sambungan atau sangat kurang sambungan di dalam negara.

    Satelit jalur lebar IPSTAR adalah salah satu satelit komunikasi terbesar pernah dilancarkan, yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada jutaan pengguna di 14 negara di Asia Pasifik, dengan kapasiti jalur lebar lebih 45 Gbps.

    Kini, ia menyediakan perkhidmatan penuh satelit jalur lebar ke seluruh negara di 13 negara dengan 17 gerbang di Australia, Kemboja, China, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Thailand dan Vietnam.

    Bercumbu sambil mandi pantai

    AKSI pasangan yang menjadikan kawasan pantai Air Papan sebagai destinasi untuk melakukan maksiat.
    AKSI pasangan yang menjadikan kawasan pantai Air Papan sebagai destinasi untuk melakukan maksiat.
    Segelintir pengunjung tayang aksi ‘ringan-ringan’ sekitar kawasan sunyi

    MERSING: Sikap segelintir pengunjung pantai Air Papan, di sini, yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat bermadu kasih amat dikesali dan tidak disenangi pengunjung lain serta penduduk tempatan.

    Mereka memilih kawasan sunyi di sekitar pantai berkenaan sebagai sasaran untuk duduk berdua-duaan selain secara terbuka melakukan aksi ‘ringan-ringan’ tanpa menghiraukan pengunjung lain.
    Gelagat mereka jelas tidak disenangi pengunjung yang kebanyakannya datang bersama anak kecil selain pelajar sekolah yang menjadikan kawasan pantai itu sebagai tempat menghilangkan tekanan belajar.Difahamkan kelakuan sumbang secara terbuka pasangan muda-mudi terbabit sudah agak berkurangan berbanding sebelum ini selepas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Papan mengambil inisiatif melakukan rondaan bagi membendung kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik pantai berkenaan sebagai destinasi pelancongan terkenal.

    Bagaimanapun masih ada segelintir remaja masih melakukannya terutama pada cuti hujung minggu.

    Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan mendapati beberapa pasangan memilih kawasan agak sunyi sebagai tempat bermadu kasih tanpa menghiraukan pengunjung yang bersantai bersama keluarga.

    Pelajar, Nur Atiqah Ramli, 16, memberitahu dia sering terserempak dengan pasangan kekasih yang duduk dalam keadaan mencurigakan.
    “Sebagai pelajar, saya rasa malu melihat kelakuan mereka yang dipercayai bukan pasangan suami isteri memandangkan kawasan pantai ini turut dikunjungi ibu bapa yang membawa anak kecil,” katanya.

    Jelasnya, jika perkara itu berlarutan, tidak mustahil akan mewujudkan keadaan lebih buruk seperti pembuangan bayi.

    “Bagaimanapun keadaan sekarang agak terkawal berbanding beberapa tahun lalu," katanya.

    Rakannya, Nursyahira Idayu Razali, 16, berkata ada juga pasangan yang melakukan maksiat di dalam kereta di kawasan agak terpencil di hujung pantai.

    “Mungkin mereka merasakan aksi dalam kereta tidak dapat ditonton orang ramai, namun ada kalanya kelakuan sumbang mereka disedari pengunjung lain serta pihak berkuasa yang sesekali turut mengadakan operasi pencegahan maksiat di pantai ini,” katanya.

    Selain itu jelasnya, ada juga pasangan bercumbuan dalam air ketika mandi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

    “Mungkin mereka tidak perasaan kelakuan mereka diperhatikan pengunjung lain dan perkara itu sungguh memalukan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang membawa anak masing-masing,” katanya.

    Selain menyakitkan mata, kelakuan sumbang mereka dikhuatiri akan meninggalkan kesan tidak baik kepada pengunjung pantai itu.

    Justeru penduduk dan pengunjung berharap pihak berwajib menggiatkan pemantauan di kawasan itu supaya tidak lagi dijadikan tempat melakukan maksiat.

    Rumah tergantung atas bukit

    MOHD RASHID  (kiri)  meninjau  keadaan tanah runtuh berhampiran  rumahnya di Kampung Darul Hidayah, Batu 15, Dusun Tua.
    MOHD RASHID (kiri) meninjau keadaan tanah runtuh berhampiran rumahnya di Kampung Darul Hidayah, Batu 15, Dusun Tua.
    HULU LANGAT: Nyawa seorang ibu bersama 12 anaknya di Kampung Darul Hidayah, Batu 15, Dusun Tua di sini bagaikan telur di hujung tanduk kerana rumah yang mereka diduduki seperti tergantung di atas bukit akibat tanah runtuh selepas hujan lebat awal bulan ini.

    Kejadian itu dipercayai bermula di lereng bukit yang terletak di belakang rumah keluarga berkenaan pada 3 Mei lalu.
    Aliran air hujan menghanyutkan sebahagian besar tanah termasuk tanah yang menyokong bahagian bilik rumah mangsa runtuh sehingga menyebabkan ia kini tergantung dan boleh roboh pada bila-bila masa.
    Pemilik rumah, Mohd Rashid Abd Majid, yang bekerja di Pahang dan sesekali pulang ke rumah itu, berkata ketika kejadian tanah runtuh itu, beliau sedang minum petang bersama isteri, Habibah Hafiz, 45, dan anak mereka.

    “Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang ketika hujan lebat. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan mendapati bukit di belakang rumah runtuh sehingga menyebabkan pokok tumbang.

    “Air deras juga menghanyutkan sebahagian besar tanah di bawah rumah menyebabkan bahagian bilik tidur kini tergantung. Akibat hakisan tanah juga, benteng di bahagian depan rumah hampir roboh manakala lantainya retak,” katanya.

    Keadaan itu menyebabkan Rashid bimbang dengan keselamatan isteri dan anaknya yang tidak mempunyai pilihan lain kerana terpaksa tinggal di rumah berkenaan.
    Katanya, lebih menyedihkan tiada pihak yang tampil membantu untuk melakukan kerja pembaikan cerun bukit dan tanah runtuh di rumahnya itu.

    “Pada 24 Mei lalu, saya buat laporan polis selepas dinasihatkan untuk tujuan rekod dan membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Mereka ada datang melawat tetapi tiada sebarang tindakan susulan diambil.

    “Bukan saja tiada bantuan, lebih menyedihkan MPKj turut menampal tiga notis di dinding rumah dengan mengarahkan kami keluar kerana enggan bertanggung jawab dengan sebarang risiko yang berlaku nanti. Bagaimana kami nak pindah kerana kami tidak mempunyai tempat lain untuk pergi?” katanya.

    Mohd Rashid juga kesal kerana permohonannya supaya pihak berkenaan membersihkan kesan tanah runtuh juga tidak dipedulikan menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk tujuan berkenaan selain membina saluran untuk air mengalir di depan rumahnya.

    Isterinya, Habibah turut merayu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera kerana tidak sanggup terus hidup dalam kebimbangan terutama setiap kali hujan lebat.

    ‘Tarik balik al-Quran diragui’

    AL-QURAN digital dalam bentuk iPod yang dibawa masuk dari China ini dijual secara berleluasa di seluruh negara tanpa kelulusan KDN.
    AL-QURAN digital dalam bentuk iPod yang dibawa masuk dari China ini dijual secara berleluasa di seluruh negara tanpa kelulusan KDN.
    PPIM bimbang kandungan produk digital silap jejas akidah

    KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertindak segera menarik balik semua produk al-Quran elektronik dan bercetak di pasaran yang tidak mendapat kelulusan untuk dipasarkan.

    Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata pemantauan pihaknya jelas mendapati wujud lambakan produk sedemikian secara berleluasa di pasaran seluruh negara sejak sekian lama seperti di kedai buku dan cenderamata termasuk dijual peniaga bukan Islam.
    Katanya, penerbitan al-Quran bercetak dan digital itu bebas dijual tanpa sebarang cetakan logo kelulusan dari pihak berwajib khususnya KDN sekali gus mengundang pertanyaan adakah produk itu dipantau rapi atau tiada kesilapan isi kandungannya.“PPIM cabar pihak yang mempertikaikan perkara ini (tiada lambakan dan semua produk dijual di pasaran mendapat kelulusan KDN) meninjau keadaan sebenarnya.

    “Banyak bahan penerbitan agama khususnya kitab al-Quran dijual tanpa mendapat kelulusan atau mempunyai logo KDN, keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan menjejas akidah umat Islam jika tidak dipantau dengan segera.

    “Dua kementerian ini perlu bertindak segera dan bekerjasama dengan Majlis Agama Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia membabitkan kandungan digital dan cetakan yang diragui isi kandungannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas produk al-Quran khususnya yang diimport membabitkan perisian digital mengandungi banyak kesilapan.
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata pihaknya mengambil berat kesilapan yang terdapat pada kandungan al-Quran elektronik dan bercetak kerana khuatir ia diseleweng pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu untuk menjejas akidah umat Islam.

    Katanya, walaupun kesilapan kandungan tidak sampai ke tahap kritikal, keadaan itu merbahaya apabila dibaca setiap anggota keluarga atau generasi.

    Beliau berkata, setiap patah perkataan dalam kitab suci itu tidak boleh silap kerana ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada umat-Nya yang boleh memberi pengertian berbeza.

    “Jika tidak betul kandungannya sama ada secara sengaja atau sebaliknya, memang berbahaya.

    “Kita takut ada penyelewengan dengan agenda tertentu, kena berhati-hati sebab mungkin ada pihak tertentu guna cara lain untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini,” katanya.

    Bagaimanapun Mashitah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa KDN.

    Katanya, JAKIM hanya terbabit dalam jawatankuasa dikendalikan KDN bagi meneliti kandungan al-Quran.