Tuesday, December 13, 2011

Umum kerjasama dalam 3 bulan


shahril


KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), untuk menjalin kerjasama strategik dengan dua pengusaha bas awam lain bagi meningkatkan perkhidmatan bas awam di Lembah Klang akan diketahui dalam tempoh tiga bulan.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar berkata, syarikat bas awam yang terlibat dalam perbincangan itu adalah Setara Jaya Sdn. Bhd. (Setara Jaya), yang menjalankan operasi SJ Bus dan Syarikat Len Seng Sdn. Bhd. (Len Seng) yang mengendalikan Bas Len Seng.

"Mekanisme yang lebih terperinci masih dibincangkan antara anak syarikat kami, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid KL) dan pengusaha bas yang lain," katanya majlis menandatangani perjanjian bersama dengan kesatuan pekerja-pekerja Rapid KL di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: