Tuesday, December 13, 2011

Album Winehouse ungguli carta Britain


MUKA depan album Amy Winehouse bertajuk Lioness: Hidden Treasures yang mendapat sambutan hangat.


LONDON - Penyanyi Amy Winehouse mengungguli carta album Britain kelmarin selepas lebih empat bulan kematiannya apabila 200,000 unit album Lioness: Hidden Treasures dibeli oleh peminatnya.

Album tersebut merupakan koleksi lagu versi alternatif lagu-lagu klasik, lagu-lagu yang tidak pernah disiarkan serta lagu-lagu yang telah menduduki tangga nombor satu.

Penerbit Salaam Remi dan Mark Ronson memilih 12 lagu selepas mendengar ribuan lagu nyanyian Winehouse yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu ketika berusia 27 tahun akibat masalah ketagihan dadah dan arak.

Syarikat Carta Rasmi menyatakan bahawa album itu terjual melebihi 194,000 salinan. Ia menjadi jualan mingguan tertinggi sepanjang karier Winehouse.

Rekod itu sekali gus telah mengatasi album In Case You Didn't Know oleh penyanyi dan penulis lirik Britain, Olly Murs yang menduduki tangga teratas carta sebelum ini.

Sebahagian hasil jualan album tersebut akan disalurkan kepada Dana Amy Winehouse untuk membantu membiayai kerja-kerja amal bagi membantu golongan remaja.

"Jualan album Amy yang menduduki carta nombor satu membuktikan dia masih diingati oleh peminatnya," kata ibunya, Janis Winehouse.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: