Ulang Tahun ke 10 Kempen LOreal Hairdressers Against Aids

Sempena Ulang Tahun ke 10 Kempen L’Oreal Hairdressers Against Aids, LOreal akan mengadakan Kempen Amal Potongan Rambut di mana 5 Duta L'Oreal Artistic dan salun-salun yang mengambil bahagian akan memberikan khidmat potongan rambut pada kos minima sebanyak RM15.00 (caj biasa adalah RM150 setiap sesi). Kutipan dari kempen ini akan didermakan ke Yayasan Aids Malaysia untuk kanak-kanak yang dijangkiti dan terjejas oleh HIV.

Kempen amal ini akan diadakan di Tingkat 1, Highstreet, 1 Utama dari 25 ke 27 November 2011. 2 sesi akan diadakan setiap hari iaitu pada 12.00pm-3.00pm dan 5.30pm-8.30pm. Hos pada hari tersebut adalah Lexie Rodriquez yang merupakan seorang DJ radio terkenal. Beberapa selebriti terkemuka seperti Jojo Struys, Genevieve Sambhi, Atilia, Chermaine Poo, Chelsia Ng dan banyak lagi akan turut hadir dan mendapatkan potongan rambut untuk menyumbang kepada kempen amal ini.