Saturday, November 12, 2011

Tubuh idaman Idzham


IDZHAM dibantu jurulatih gimnasium ketika melakukan senaman berat.


Namun, bermula daripada pengalaman digelar 'tiang lampu' ketika menjadi pelakon tambahan untuk beberapa filem dan drama, dia nekad untuk membina badan.

Kini, Idzham pasti akan ke pusat gimnasium sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memenuhi hasratnya itu.

Bagi Idzham atau nama sebenarnya, Mohammed Idzham Ismail, 23, dia mula terjebak dengan aktiviti tersebut kira-kira setahun lalu.

"Jika ada waktu lapang, biasanya saya akan pergi ke One On One Personal Fitness di Northpoint Midvalley, Bangsar.

"Apabila sudah ada di situ, sekurang-kurangnya saya akan aktif hampir dua jam juga," ujarnya bersemangat kepada S3.

Mengakui masih baru dalam aktiviti tersebut, Idzham juga lebih senang jika segala senaman dan pergerakannya dipantau oleh jurulatih.

"Biasanya dalam setiap aktiviti yang melibatkan beban yang berat, saya lebih senang jika jurulatih ada bersama.

"Kadang-kadang saya risau juga jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jadi, lebih baik saya bersedia dahulu," jelasnya.

Menurut anak kelahiran Kajang, Selangor ini, walaupun aktiviti tersebut menguji kekuatan fizikal serta mentalnya, namun ia memberi kesan yang baik untuk kesihatan.

Selain itu, pelakon yang pernah membawa watak Panjang dalam Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2011, Juvana ini juga mengisi waktu hujung minggu dengan aktiviti renang.

"Saya tidak nafikan, aktiviti renang ini sememangnya membuatkan saya menggunakan tenaga yang banyak dan kadang-kadang saya 'pancit' juga.

"Tapi bagi saya, aktiviti renang mahupun gimnasium ini adalah sangat bermanfaat kerana ia dapat mengekalkan stamina dan kecergasan tubuh.

"Malah badan yang sihat dan tegap juga merupakan satu pakej tambahan untuk tampil segak di depan kamera," katanya yang kini mula menyimpan hasrat untuk kembali berjinak dalam bidang peragaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: