
Suatu ruang di Menara Kencana Petroleum, Solaris Dutamas Kuala Lumpur, menampilkan susun atur dan perabot yang moden dan kemas.
Sofa tersusun indah di sudut dengan kelengkapan dapur yang menyuntik suasana romantik dan tenang.
Malah, pemilihan susun atur perabot di ruang tamu dan kelengkapan dapur membuatkan kesemua elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain.
Bahagian dapur yang ingin ditonjolkan Miele lengkap dengan kepelbagaian hiasan agar sudut memasak dan makan-makan ini menyerlah dan menari.
Perkakasan rumah dan dapur di zaman moden ini juga tampil dengan pelbagai bentuk, saiz, warna dan pilihan.
Malah, sebahagiannya didatangkan mengikut kesesuaian konsep keseluruhan hiasan dalaman kediaman mewah yang dipilih.
berkonsep
Pelopor perkakasan dapur berkonsep mewah ini menawarkan pelbagai produk dapur daripada alat pembakar dan memasak hingga kepada perlatan dobi.
Menampilkan gaya mewah yang serasi dengan hiasan dalaman moden dan elegan, perkakasan rumah dan dapur ini telah terkenal di Berlin, Barcelona, London, New York, Milan, Moscow, Paris dan Shanghai.
Seiring dengan usia jenama yang mencecah 112 tahun, Miele semakin matang tetapi tidak pernah ketinggalan zaman dalam menghasilkan produk baru. Kreativiti bentuk dan teknologi disatukan sehingga menimbulkan keinginan pelanggan untuk memiliki setiap produknya walaupun mencecah harga puluhan ribu.
Galeri
Kedai dengan keluasan 2000 kaki persegi ini berkonsep galeri untuk memberi peluang kepada pelanggan mendekati dan merasai sendiri kehebatan jenama ini.
Melihat ruang yang disediakan, pilihan di kedai ini sesuai untuk gaya memasak ringkas.
Segalanya serba ringkas tetapi lengkap. Dengan sedikit peralatan, mereka sudah dapat melakukan kegiatan memasak.
Justeru ruang dapur kelihatan lebih luas dan bersih.
Lebih menarik, di bahagian dalam kedai diwujudkan satu sudut khas untuk pelanggan melihat produk terawal atau sejarah keluaran Miele.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: