Saturday, November 19, 2011

Suami isteri sakit tibi hidup daif


AHMAD dan Mariam berdiri di hadapan rumahnya yang usang di Kampung Baru, Wang Tepus, Jitra, Kedah semalam.


JITRA - Sepasang suami isteri yang menderita penyakit tibi hidup daif di rumah usang di Kampung Baru, Wang Tepus di sini selepas kehilangan punca pendapatan kerana tidak lagi mampu bekerja sejak 10 bulan lalu.

Ahmad Shahadan, 47, dan isterinya, Mariam Maarof, 49, kini hanya bergantung harap kepada anak sulungnya, Mohd. Taufik, 25, yang menyara keluarga dengan menoreh getah.

Menurut Ahmad, dia dan isteri tidak lagi berdaya untuk keluar menoreh getah kerana penyakit itu menyebabkan mereka lemah dan tidak berupaya untuk melakukan kerja berat.

"Saya dan isteri hanya berehat sahaja kerana kami sering berasa lemah dan setiap beberapa bulan kami akan ke hospital dan rawatan adalah percuma," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Wang Tepus di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: