SEKTOR perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka terus memainkan peranan penting dalam membantu negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Pengerusi baru Persatuan ICT Nasional Malaysia (Pikom), Woon Tai Hai berkata, Malaysia berhadapan beberapa cabaran dalam usahanya menjadi
negara berpendapatan tinggi dan sektor perkhidmatan ICT berpotensi membantu mencapai matlamat itu.
“Sektor perkhidmatan ICT juga aka menjadi penggerak utama,” katanya pada taklimat media selepas mesyuarat agung tahunan Pikom di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pertumbuhan negara tahun ini disemak turun kepada 4.6 peratus dan lima peratus pada 2012, berikutan iklim ekonomi mencabar.
“Industri ICT bagaimanapun akan berkembang kira-kira 10 peratus pada 2011. Ia kini bernilai kira-kira RM50 bilion,” katanya.
Mengenai Pikom, Woon berkata, ia terus melakukan perubahan bagi menampung sebarang penguncupan pertumbuhan industri ICT.
“Rancangan termasuk pelancaran Pikom ICT Mall yang merupakan rumah baru industri peruncitan ICT de-ngan memanfaatkan projek-projek permulaan Bidang Keutamaan Ekonomi Nasional bagi penyumberan luar dan pusat data, serta memberi tumpuan terhadap pengurusan pengetahuan dan penyelidikan,”katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: