![]() |
| Gajet yang sesuai untuk mendapatkan kepuasan berhibur. |
BERFUNGSI persis sebuah walkman biarpun ia merupakan sebuah telefon bimbit pasti membuat mana-mana hati peminat Sony Ericsson teruja terhadap gajet terbaru keluaran jenama tersebut.
Dikenali sebagai Sony Ericsson W8 Walkman™, kelebihan terbaru yang ditawarkan melalui telefon pintar tersebut adalah kemudahan mengakses mana-mana aplikasi kegemaran pemiliknya dengan hanya satu sentuhan sahaja.
Aplikasi tersebut juga boleh ditemui di dalam siri produk mini Xperia™ juga keluaran Sony Ericsson sebelum ini.
Namun, melalui aplikasi tersebut, Sony Ericsson W8 Walkman™ memudahkan pengguna untuk mengakses senarai lagu dan 'walkman' dengan lebih pantas dan mudah.
Malah, telefon pintar baru ini juga turut dilengkapi bersama fon kepala stereo MH 410 bagi memberikan kepuasan yang maksimum kepada pemiliknya apabila melayan lagu-lagu yang diminati.
Menurut Pengurus Besar, Sony Ericsson, Malaysia dan Singapura, Peter Ang, siri telefon 'walkman' Sony Ericsson tersebut merupakan antara produk yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminatnya kini.
"Sony Ericsson W8 Walkman™ merupakan gabungan telefon pintar dan 'walkman' turut memiliki aplikasi telefon pintar yang lain seperti Apps, Maps, e-mel dan pelbagai lagi," ujarnya.
Jelas Ang lagi, Sony Ericsson W8 Walkman™ merupakan gajet yang amat sesuai bagi mereka yang mahu mendapatkan kepuasan melayari multimedia dan dunia hiburan tanpa sempadan.
Ia memiliki skrin seluas 3 inci di mana amat sesuai untuk mereka yang mengilai permainan yang dimuat turun daripada android Market™, melayari lagu, filem pendek di YouTube™ mahupun melayari Internet.
Sebagai tambahan, telefon pintar ini juga turut dilengkapi bersama kamera pada saiz 3.2 mega piksel dan video.
Tersedia dalam warna Azur (biru), merah metalik serta oren 'walkman' ikonik, untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Sony di www.sonyericsson.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: