Monday, November 21, 2011

Revolusi Sony a77


Sony menampilkan kamera DSLR terbaru Alpha 77 atau a77 dengan sasaran kepada mereka yang benar-benar meminati dunia fotografi.


LEDAKAN perkembangan dunia teknologi kamera refleks lensa tunggal (DSLR) tidak lagi dapat dinafikan.

Di sana sini, kita dapat melihat pengguna kamera DSLR ‘mengusung’ buah hati kesayangan mereka agar detik-detik bahagia dan penting dalam hidup dapat dirakam dan disimpan kemas sebagai kenangan.

Meneruskan perkembangan dunia DSLR tersebut, Sony kini mempertaruhkan kamera DSLR terbaru keluarannya iaitu Alpha 77 atau a77 khas buat mereka yang benar-benar meminati dunia fotografi serta golongan jurugambar.

Menggantikan pendulunya iaitu a700, kini a77 muncul dengan penuh kelainan serta kelebihan.

Sony mempertaruhkan kepantasan rakaman 12 rangka sesaat (12fps) bersama teknologi penderia bersaiz APS-C di dalam a77 dan ia bukan sahaja dapat menyaingi pengeluar kamera DSLR dalam kelasnya malah juga dunia menerusi kelebihan tersebut.

Di bina dalam versi yang lebih terkehadapan dan maju, pengunaan teknologi Translucent Mirror menjadikan aplikasi a77 ditingkatkan kepada 19 poin auto fokus (AF) bersama 11 penderia grid silang dan kelajuan pemfokusan AF secara berterusan.

Malah, a77 turut dilengkapi penderia Exmor APS HD CMOS Sony yang dipertingkatkan (24.3 megapiksel) serta pemproses imej BIONZ yang terbaru membolehkan pengguna merakam imej yang jelas biarpun di dalam keadaan kekurangan sumber cahaya.

Model a77 juga turut dilengkapi kadar ISO dari 100 hingga 16,000 dan kelajuan shutter sehingga 1/8000, menjadikan setiap imej yang dirakam lebih jelas dan mampu mengelakkan kekaburan.

Apa yang anda lihat itu yang dirakam. Itu merupakan dakwaan serta kepercayaan yang Sony pertaruhkan ke atas a77 menerusi teknologi XGA OLED Tru-Finder yang mampu memberikan pandangan yang lebih jelas menerusi pencari pandangan (views finder-VF) elektronik (EVF).

Sebanyak 2,359k resolusi dot (XGA) dan pandangan dalam rangka 100 peratus penuh menerusi VF memberikan pengguna a77 menentukan imej yang lebih tajam, jelas dan terang sebelum merakam.

Namun bagi mereka yang lebih menyukai aksi rakaman imej menerusi pandangan nyata (live views), skrin LCD Xtra Fine seluas tiga inci boleh laras turut disediakan.

Menggunakan Teknologi TruBlack (921k dot) memberikan hasil imej yang lebih jelas, terang juga tajam serta memudahkan pemiliknya merakam imej pada sudut yang sukar serta lebih versatil.

Malah, ruang di antara skrin LCD serta cermin pelindung turut dipenuhi resin bagi mengurangkan kesan pantulan dan silau cahaya pada permukaannya.

Bagi penggunaan video, a77 mempertaruhkan teknologi AVCHD Versi 2.0, video HD penuh dibantu dengan kelajuan Pemproses BIONZ, membolehkan pengguna merakam video pada kapasiti 24p, 60i dan 60p (NTSC) atau 25p, 50i dan 50p (PAL).

Selain daripada kemajuan aplikasi yang ditawarkan, a77 turut memiliki reka bentuk yang agak ‘rugged’ bersama sistem perlindungan anti habuk dan kelembapan.

Badan a77 dihasilkan daripada aloi magnesium kemudian dibaluti plastik gred tinggi membolehkan kamera ini mampu beroperasi dalam apa jua keadaan.

Bersama binaan yang teguh serta pelindungan habuk dan kelembapan di sekeliling butang serta perlindungan dua lapis termasuk kompartmen media dan terminal menjadikan a77 amat teguh untuk kegunaan bersama aktiviti lasak.

Sony turut melancarkan aksesori tambahan baru untuk kegunaan a77 seperti lensa DT 16-50 milimeter (mm), F2.8 Super Sonic wave Motor (SSM) dengan kelebihan tiga kali pemfokusan, binaan kanta dari kaca serta tiga elemen lensa ED bagi mengurangkan kesan silau serta aberasi.

Ditambah dengan kelebihan SSM memberikan kesan yang senyap semasa lensa tersebut beroperasi ditambah kesan kabur belakang subjek (bokeh) yang baik hasil bukaan aperture F2.8 lensa ini.

a77 juga turut dilengkapi slot penggenggam bateri tambahan (battery grip) VG-C77AM bagi memudahkan pengguna merakam imej dari sudut vertikal sekali gus mampu menampung dua biji bateri Lithium NP-FM500H bagi menjana kuasa kamera agar dapat berfungsi sepanjang hari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: