
SEREMBAN – Satu persimpangan bertingkat baharu berharga RM160 juta akan dibina di Kilometer 267.5, Lebuh Raya Utara- Selatan bagi mengatasi kesesakan trafik di persimpangan bertingkat sedia ada di susur keluar Plaza Tol Seremban di sini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, projek itu telah dipersetujui Kabinet pada Julai lalu dan proses melantik jururunding untuk melaksanakan projek itu akan dilakukan PLUS Expressways Berhad (PLUS) dalam tempoh terdekat.
“Persimpangan bertingkat sedia ada dilihat amat sesak terutama pada waktu puncak dan musim cuti.
“Dahulu jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur sekitar 20,000 sehari tetapi jumlahnya meningkat sekali ganda kepada 40,000 sekarang,” katanya selepas melakukan lawatan ke tapak projek berkenaan di sini semalam.
Ujar beliau, dalam tempoh sebulan dari sekarang, PLUS akan melantik jururunding dan kerja-kerja pengambilan tanah akan bermula pada awal tahun depan sehingga Mei 2012.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: