ZARINA menunjukkan produk antipenuaan yang memberi kesan pencerahan pada kulit. |
PENJAGAAN rupa paras boleh dianggap sebagai satu keperluan terutama bagi golongan wanita bekerjaya yang mementingkan penampilan diri.
Maka tidak hairanlan demi untuk mengekalkan gaya penampilan yang menarik golongan wanita sanggup berhabis untuk mendapatkan produk penjagaan kesihatan dan rawatan penjagaan kulit berkualiti.
Menyedari keinginan setiap wanita untuk tampil jelita, syarikat Perfect Infinity Sdn. Bhd. (Perfect Infinity) yang berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang menawarkan produk penjagaan kulit yang bukan sahaja berkesan, tetapi turut mematuhi piawaian.
Menurut pengasasnya, Zarina Ahmad, produk penjagaan kulit jenama PreCoius bukan sahaja mendapat pengesahan selamat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahkan menerima pensijilan halal kerana menggunakan bahan-bahan yang suci.
Mengulas lanjut, ujarnya produk antipenuaan yang menggunakan stem epal dari Switzerland itu berfungsi mengaktif dan menjana semula sel stem kulit.
Katanya, sel stem itu diperoleh daripada bahagian tengah buah epal yang amat sesuai digunakan untuk rawatan penjagaan kulit.
“Produk ini juga menggunakan bahan asid hiluronik iaitu sejenis asid yang fungsinya melindungi kulit daripada kekeringan selain menganjalkan kulit wajah yang berkedut serta garis-garis halus akibat proses penuaan.
“PreCoius juga diadun dengan bahan-bahan lain yang terbukti mampu melambatkan proses penuaan termasuklah kolagen berasaskan hidupan laut (hidupan marin), ekstrak bunga kamomil dan asik laktik yang diambil dari susu.
“Ekstrak bunga kamomil misalnya berperanan menjadikan wajah lebih segar, cerah kemerah-kemerahan dan tidak pucat,” katanya.
Jelas Zarina lagi, produk Precoius istimewa kerana ia juga berupaya memberi kesan pencerahan kulit wajah dengan cepat dan mudah tanpa perlu mengambil krim tambahan lain.
“Produk ini juga mampu mengurangkan kesan jeragat dan jerawat serta sesuai untuk semua jenis kulit. Semua kesan penggunaan ini berdasarkan testimoni kami
ke atas 100 pengguna yang semuanya memberikan maklum balas positif,” jelasnya.
PreCoius yang dijual dalam kotak bersaiz 25 mililiter (ml) pada harga RM149 boleh diperoleh daripada 30 pengedar di seluruh negara.
Orang ramai bolehlah menghubungi Perfect Infinity di talian 04-398 1626 atau 016-412 4626 untuk keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: