Saturday, November 12, 2011

Perhimpunan kumpul 10,000 anak Pekan bersama PM


MOHD. ROSDI (tiga dari kiri) menyampaikan plak penghargaan media kepada Radzuan di ibu pejabat Kosmo! Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (Kawan) menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 anak kelahiran daerah itu sempena penganjuran perhimpunan khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Disember ini.

Presidennya, Mohd. Rosdi Alizah berkata, pihaknya menggalakkan kehadiran semua warga kelahiran Pekan yang bekerja atau belajar di luar Pahang terutamanya di Lembah Klang untuk menyertai perhimpunan yang julung-julung kali diadakan itu.

Selain itu, pihaknya juga menggalakkan warga Pekan yang tinggal di negeri-negeri berhampiran untuk turut serta.

"Pada malam itu juga, Kawan akan memberi anugerah kepada anak-anak Pekan yang berjaya dalam pelbagai bidang dan kemungkinan besar ada amanat daripada Perdana Menteri sendiri," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kosmo!, Radzuan Hassan di sini semalam.

Menurut Mohd. Rosdi, majlis berkenaan akan bermula pada pukul 8 malam di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini dan dijangka berakhir sebelum pukul 12 tengah malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: