Rabu lalu, Mahkamah di Los Angeles, menggugurkan kes jenayah ke atas seorang lelaki yang didakwa mengintip Selena Gomez, 19, sehingga menyebabkan penyanyi itu takut dan terancam.
Hakim mahkamah itu berkata, tidak ada bukti kukuh bagi mensabitkan kesalahan, Thomas Broadnicki, 46, yang didakwa mengancam Gomez, antara Julai hingga Oktober lalu.
Gomez, bagaimanapun tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.
Brodnicki dikatakan mempunyai sejarah sakit mental dan pekerja hospital itu, pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa, Brodnicki ada mengancam untuk membunuh Gomez ketika dalam pemulihan psikiatri.
Bagaimanapun, peguam Broadnicki, Sandi Gibbons membantah dakwaan itu kerana Brodnicki tidak berniat mengancam Gomez.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: