KIM Swee melayan anak buahnya menikmati makan tengah hari Nasi Padang di Jakarta, semalam.
NASI padang menjadi habuan buat skuad bawah 23 negara menghilangkan tekanan selepas saban hari berada di atas padang sejak tiba ke Jakarta awal bulan lalu dalam menyempurnakan misi mempertahankan pingat emas pada edisi kali ini.
Selepas bertungkus lumus menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A kelmarin, pengendali skuad muda negara itu, Ong Kim Swee membawa anak buahnya dan pegawai pasukan menikmati hidangan nasi padang di kota Jakarta.
“Ramai menganggap Kemboja pasukan belasahan dalam kumpulan ini tetapi saya tidak mahu memandang rendah keupayaan mereka yang mendahului Singapura 1-0 sebelum tewas 2-1 semalam (kelmarin).
Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan A berkongsi empat mata dengan Singapura manakala Indonesia ketiga dengan tiga mata tetapi baru melalui satu perlawanan. Thailand (satu perlawanan) dan Kemboja (satu perlawanan) belum mengutip sebarang mata.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: