MASWing tawar tambang promosi cuti sekolah

MASwings, anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang mengadakan perkhidmatan bagi Sabah dan Sarawak, menawarkan tambang ’nilai bagi wang yang sukar’ ditolak selama 15 hari mulai 15 November lalu.

Naib Presiden Serantau (Sabah), Shauqi Ahmad berkata, ia tawaran menarik kerana pelanggan boleh membeli tiket perjalanan sehala dari serendah RM68 ke Labuan dan Mulu, RM71 ke Bintulu, RM79 ke Lahad Datu dan Sandakan, RM81 ke Tawau dan RM83 masing-masing ke Miri dan Sibu dari Kota Kinabalu.

Dalam tempoh itu, pelanggan dari Miri akan juga menikmati tambang dari RM59 ke Limbang dan Bintulu, RM63 ke Mulu dan RM71 ke Sibu dan Labuan.

“Juga dari Kuching, tambang yang ditawarkan ialah dari RM70 ke Sibu, RM72 ke Mulu dan RM82 ke Bintulu dan Miri,” katanya.

Shauqi berkata, tambang promosi ini ditawarkan kepada pelanggan sempena cuti sekolah dan cuti akhir tahun.

Tawaran tertakluk kepada adanya tempat duduk, sah bagi perjalanan dari 17 November hingga 30 Jun 2012 dan perlu dibeli sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh perjalanan.

Pelanggan boleh membeli tiket promosi ini melalui saluran pengedaran MASwings, iaitu pejabat tiket MH, pusat panggilan 1300 88 3000 dan ejen perjalanan terpilih di Malaysia.