Oleh kerana kebencian meluap-luap Indonesia terhadap Malaysia, pasukan Malaysia dicemuh lagi sekali semasa menentang Myanmar. Sebaliknya, pasukan lawan Malaysia iaitu Myanmar disokong habis-habisan!
Saat Malaysia tampil dalam babak separuh akhir menentang Myanmar, Sabtu (19/11/2011) petang, beratus-ratus penyokong yang memenuhi Stadium Utama Gelora Bung Karno mengolok-olok Malaysia.
Malaysia adalah satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan Indonesia pada babak penyisihan. Suporter mula melakukan intimidasi sejak kedua-dua pasukan menyanyikan lagu kebangsaan. Apabila lagu kebangsaan Malaysia diperdengarkan, penyokong Indonesia langsung berteriak, "Huuuu huuuu." Intimidasi berlanjutan saat perlawanan bermula. Sorakan terdengar saat Bakhtiar Baddrol dan kawan-kawan menguasai bola. Hal ini membuat Malaysia kelihatan gugup.
Di sisi lain, Myanmar justru mendapatkan sokongan dari penyokong Indonesia. Tepuk tangan riuh terdengar saat pasukan asuhan Stefan Hasson melancarkan serangan. Akibatnya, sokongan tersebut membuat Myanmar tampil percaya diri. Betapa tidak, Aye San dan kawan-kawan kelihatan mampu mendominasi permainan sejak minit-minit awal. Pertandingan ini merupakan separuh akhir pertama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: