Eliyka Enterprise, syarikat pembuat dan pemborong kerongsang di Malaysia, optimis meningkatkan jualan dan tempahan mengikut cita rasa pelanggan.
Pemiliknya, Wan Nurul Antikah Wan Rosdi menjangkakan sasaran itu mampu dicapai berdasarkan minat dan tempahan yang meningkat.
“Syarikat ada menyediakan perkhidmatan perniagaan secara atas talian dan pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dengan mengisi maklumat dalam borang dan kami akan menghantarnya me-lalui pos laju atau Skynet,” katanya.
Menurutnya, kos penghantaran bergantung kepada jumlah kuantiti kerongsang yang ditempah. Sekiranya pelanggan membuat tempahan bawah 20 kotak, bayaran tidak akan dikenakan. Sehingga kini, Eliyka Enterprise berjaya mencatat jualan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 setahun.
Antikah berkata, perniagaan ini dimulakan pada 2009 di Pendang, Kedah dengan hanya berbekalkan modal perniagaan RM5,000.
Bekas penuntut jurusan sistem maklumat di Kolej PBH Management Training Centre ini mula berminat membuka perniagaan sendiri setelah sekian lama menguruskan perniagaan keluarga yang menjual tu-dung dan mempunyai kedai makan.
Eliyka Enterprise antara syarikat yang mula melakar pasaran ke luar negara iaitu Brunei seiring syarikat-syarikat besar lain di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: