kate

Khabar angin bahawa isteri Putera William, Kate Middleton, kini hamil bertiup kencang dek tingkah lakunya yang bagai mengiakan berita itu.

Bukan saja menolak memakan sampel pes kacang yang tidak sesuai untuk wanita hamil, malah puteri berusia 29 tahun itu juga dilihat sering memegang perutnya ketika melawat pusat pengagihan makanan UNICEF, di Denmark.

Perkara itu mengundang kehairanan pekerja UNICEF kerana tindakan Kate yang asyik memegang perut tanpa henti terlalu jelas dan dia seolah-olah tidak menyedarinya.

Sehingga kini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerabat diraja Britain itu.

Kate dan William berkahwin April lalu dan pasangan ini pernah menyatakan keinginan memiliki anak dalam masa terdekat.