
RAKAMAN video tentu sekali akan memberikan impak yang lebih menyentuh perasaan berbanding merakam imej pegun. Apatah lagi jika melibatkan momen indah dalam kehidupan.
Momen-momen indah seperti menyambut ulang tahun kelahiran, perkahwinan, kelahiran cahaya mata pertama, konvokesyen dan banyak lagi acara akan memberikan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Bahkan, ia boleh ditatapi semula apabila membuat rakaman video melalui kamkoder yang berkualiti tinggi agar ia dapat diimbau kembali tatkala merindui detik indah tersebut.
Pakar pengimejan, Canon, menyedari kepentingan rakaman video berkualiti sekali gus memperkenalkan kamkoder model Legria FS406 yang dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna agar momen indah itu dapat diabadikan.
Kamkoder yang dijana pemproses DIGIC DV II itu sesuai untuk kegunaan harian mahupun ketika mengembara, malah ia menawarkan zoom mencecah sehingga 41 kali dalam memastikan subjek jauh dapat dirakam dengan mudah.
Bagi memudahkan lagi pengguna yang baru berjinak-jinak dalam peranti kamkoder, ia turut menawarkan ciri-ciri seperti petikan kilat video dan fungsi prarekod bagi memastikan momen indah itu tidak terlepas daripada pandangan lensa.
Dilengkapi teknologi lensa Canon, rakaman video kelihatan lebih berkualiti dan jelas untuk memberikan kepuasan kepada pengguna.
Kamkoder itu turut dilengkapi penstabil imej elektronik dengan teknologi mod dinamik untuk memastikan rakaman video tidak bergoyang walaupun tanpa bantuan tripod.
Ia sekali gus dapat menghilangkan perasaan bimbang dan hampa pengguna apabila menatap semula hasil karya mereka tanpa adanya rakaman yang bergoyang.
Kamkoder seberat 220 gram itu memudahkan ia dibawa ke mana-mana, malah amat sesuai dijadikan teman ketika bercuti sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Pengguna juga hanya perlu mencas selama 20 minit untuk menikmati rakaman video yang mengambil masa selama satu jam.
Model kamkoder Canon Legria FS406 dijual pada harga RM999. Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti ini boleh melayari laman web www.canon.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: