Saturday, November 19, 2011

JKM didakwa pandang sepi rayuan pesakit kulit


MUHAMMAD KHAIRUN (kiri) menunjukkan penyakit kulit Mohd. Taufiq pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Entah dimana silapnya, selepas berusaha selama tujuh bulan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, nasib seorang remaja yang mengalami penyakit kulit kronik psoriasis terus buntu.

Anak pertama daripada enam beradik, Mohd. Taufiq Asifaq Ibrahim, 15, terpaksa bergantung kepada bapanya, seorang pekerja kilang kayu yang hanya berpendapatan RM328 sebulan.

Lebih menyedihkan tiada siapa pun yang sudi membantu pelajar itu yang belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, Jerantut.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, beliau kecewa kerana tiada mana-mana agensi kerajaan tampil memberi bantuan kecuali kunjungan daripada pihak Hospital Jerantut.

"Dia sudah berusaha ke JKM dengan bukti dan dokumen lengkap daripada hospital tetapi tiada sesiapa yang mendengar rintihannya.

"Keluarganya juga menggadai semua harta yang ada untuk membiayai kos rawatan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: