Thursday, November 17, 2011

J-Lo guna kelebihan tubuh ‘tambat’ teman lelaki baru

SEDANG SERONOK...J-Lo dilihat berpesta baru-baru ini.
SEDANG SERONOK...J-Lo dilihat berpesta baru-baru ini.

LOS ANGELES: Pemuda yang kini menjadi pacar terbaru Jennifer Lopez (J-Lo) mendakwa, penyanyi dan pelakon jelita itu mempunyai selera seks yang sukar dipuaskan.

Menurut Casper Smart, J-Lo memang memiliki tubuh badan awet muda walaupun usianya kini 42 tahun.


“Dengan susuk tubuh menggiurkan itu, dia tidak pernah ragu atau bimbang menggunakannya,” katanya.

Bekerja sebagai penari, Smart, 24, menjadi sebahagian daripada anggota rombongan J-Lo mengembara ke serata dunia dalam program konsert jelajah penyanyi terbabit enam bulan lalu.


Bagaimanapun, hubungan mereka semakin intim beberapa minggu lalu dan mula keluar bersama untuk lebih saling mengenali.


Pasangan itu dilihat berpesta di Las Vegas dan pulang ke hotel bersama beberapa hari lalu.

Rakan Smart berkata, penari itu mengagumi bentuk tubuh J-Lo.


“Bagi Smart, J-Lo memiliki bentuk badan jauh lebih baik berbanding mana-mana wanita yang pernah dikenalinya,” katanya.

Bagi Smart, kata sumber itu, tubuh J-Lo seperti gadis berusia 20 tahun.


Mengenai hubungan terbaru itu, sumber terbabit berkata, tidak dapat dipastikan sejauh mana J-Lo akan berpacaran dengan Smart.


“Pada dasarnya, mereka berkawan hanya kerana seks, tetapi Smart teruja untuk mencuba nasib memanjangkan hubungan mereka lebih daripada sekadar itu,” katanya.


Sumber di pihak J-Lo pula mengesahkan mereka kini berada di tahap “bergembira” dan mula berpacaran.


Sumber berasingan berkata, J-Lo jelas tidak mampu menahan dirinya daripada kekacakan Smart walaupun di antara mereka ada jurang perbezaan 18 tahun, selain tidak banyak persamaan di antara mereka.


“Tetapi tiada siapa perlukan kata-kata apabila fizikal anda mempunyai keserasian?” katanya.


Ibu kepada dua anak, J-Lo berpisah dengan penyanyi Marc Anthony, 43, empat bulan lalu selepas tujuh tahun berumah tangga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: