Wednesday, November 9, 2011

Hoki: Peluang kita kembali cerah


MUHAMMAD Noor Faeez (kanan) meledakkan gol pertama pasukan negara ketika menewaskan Korea Selatan 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.


PELUANG Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejo- hanan Hoki Antarabangsa bawah 21 Piala Sultan Johor tampak cerah selepas menewaskan Korea Selatan 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Skuad bimbingan Mohd. Dharma Raj Abdullah itu bermula garang apabila menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga melalui pukulan sudut penalti kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim.

Korea Selatan yang pernah menewaskan India 6-4 dalam aksi pembukaan Sabtu lalu bangkit apabila menyamakan kedudukan menerusi You Seung-ju pada minit ke-28 sebelum Malaysia kembali mendahului seminit kemudian hasil jaringan Mohd. Syamim Mohd. Yusof.

Memulakan babak kedua, pintu gawang negara diuji beberapa kali oleh Korea Selatan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri meskipun baru pertama kali beraksi pada kejohanan jemputan enam negara itu selepas penjaga gol utama negara, Muhammad Hafizuddin Othman dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan Ahad lalu.

Malaysia bagaimanapun mengukuhkan kedudukan apabila mendahului 3-1 setelah Muhamad Ramadan Rosli menjaringkan gol ketiga skuad negara pada minit ke- 40 tetapi kelekaan skuad Projek 2013 negara itu membolehkan pasukan Korea Selatan merapatkan jurang 2-3 melalui Seung-ju minit ke-44.

Gol terakhir negara pula diperoleh pada minit ke-67 melalui Nor- hizzat Sumantri, sekali gus membolehkan Malaysia membawa pulang tiga mata penuh.

"Kami memang perlukan gol awal untuk menaikkan semangat pemain dan meskipun menerima tentangan sengit, saya gembira kerana kami berjaya meraih tiga mata selepas hanya memperoleh satu mata daripada dua perlawa- nan terdahulu.

"Selepas ini, kami perlu mene- waskan Pakistan dan India untuk memastikan kami berjaya melangkah ke perlawanan akhir," kata Dharma selepas perlawanan semalam.

Malaysia sebelum ini tewas 1-2 kepada Australia sebelum seri 1-1 menentang New Zealand.

Sementara itu, pada perlawanan lain, Australia mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membe- lasah New Zealand 6-1.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: