Fatehah Mustapa

JAKARTA - Pelumba trek wanita kebangsaan yang berpangkalan di Melbourne, Australia, Fatehah Mustapa menyumbangkan emas pertama dari acara berbasikal.

Beliau mencatat masa 36.843 saat dalam acara 500m ujian masa individu pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Rawamangun dekat sini hari ini.

Pelumba Filipina, Epingger Apryl meraih pingat perak dengan catatan 38.134s sementara pelumba Indonesia Muzizah Uyan membawa pulang gangsa dengan 38.338s.

Selain Fatehah, acara berbasikal menyumbang satu pingat perak menerusi Masziyaton Mohd Radzi dari acara Mountain Bike pada Ahad lepas.