![]() Que Haidar (Ilya) & Hans Isaac (Indra) Jika sebelum ini pengarah filem tersohor, Afdlin Shauki lebih terarah kepada filem komedi, tetapi kali ini beliau tampil membuat kelainan dengan filem bergenre fantasi drama menerusi filem terbarunya, Misteri Jalan Lama. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini menampilkan Que Haidar memegang watak utama sebagai Ilya dan Hans Isaac sebagai Indra. Antara pelakon yang turut memeriahkan lagi filem ini ialah pelakon-pelakon ternama tanahair seperti Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar, Yalal Chin dan ramai lagi. Misteri Jalan Lama adalah sebuah filem yang merungkai sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza yang berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar lakonan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar. Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Kalau nak tahu kisah selanjutnya, saksikan sendiri Misteri Jalan Lama yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 24 November ini.
Secara keseluruhan apabila anda menonton filem ini boleh dikatakan menarik kerana dilakonkan dengan jaya oleh Que Haidar dan Hans Isaac. Jalan cerita filem ini sememangnya sangat baik dan menarik untuk ditonton kerana filem fantasi drama ini memberi kelainan daripada filem-filem tempatan dipasaran. Ia tidak seperti filem lain kerana penonton tidak akan dapat mengagak apa yang bakal berlaku di akhir penceritaannya. Jadi anda tidak rugi untuk menonton filem yang bergenre fantasi drama ini kerana ianya sungguh mengagumkan untuk ditonton. Kelebihan filem Misteri Jalan Lama juga membuatkan kita berfikir tentang erti menghargai kehidupan dan keluarga. |
Monday, November 21, 2011
Dunia fantasi dalam MISTERI JALAN LAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: