DiGi Telecommunications Sdn Bhd mengumumkan perkongsian strategik dengan Google bagi menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Gmail (SMS), berkuat kuasa semalam.
DiGi adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia, yang akan menawarkan SMS Gmail dan perkongsian itu adalah salah satu daripada banyak cara inovatif disandarkan DiGi menyampaikan janjinya, ’Internet Untuk Semua’ yang memudahkan rakyat Malaysia mengakses Internet.
Ketua Internet Mudah Alih dan Pengiklanan Digi, Praveen Rajan berkata, perkongsian itu memperkasakan syarikat itu untuk menawarkan opsyen SMS kepada jutaan pengguna Gmail di negara ini.
Ia akan turut mengembangkan dengan meluas komuniti sembang (chat) melalui sembang masa sebenar, tanpa mengira sebarang jenis peranti mudah alih.
Sementara itu, Ketua Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, SMS menjadi cara biasa komunikasi mudah alih di Malaysia dan ramai rakyat negara ini masih bergantung kepada bukan telefon pintar.
SMS Gmail menjadikan komunikasi segera antara Gmail dan telefon mudah alih melalui SMS, katanya, sambil menyatakan ia membawa perkhidmatan Gmail kepada bukan telefon pintar seperti SMS Gmail Google dan orang ramai boleh menghantar pesanan teks percuma secara langsung dari akaun Gmail masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: