Friday, November 18, 2011

Dendam berbalas

Cheng Chu Sian
Cheng Chu Sian
Trio ‘Robin Hood’ rampas kembali emas di tangan Thai

HAJAT skuad ‘robin hood’ negara membalas dendam kekalahan memilukan, dua tahun lalu kepada Thailand terbalas apabila berjaya membidik semula emas dari tangan lawan itu dalam acara recurve berpasukan lelaki di Lapang Memanah Senayan, semalam.
Trio negara dianggotai Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohammad dan Haziq Kamaruddin berjaya menundukkan Witthaya Thamwong, Khomkrit Duangsuwa dan Denchai Thepna 219-215.
“Dua tahun lalu, kami tewas kepada mereka di final, dan kali ini kami tampil dengan semangat juang tinggi untuk menebus kekecewaan itu. Mungkin mereka tertekan mempertahankan emas dan kami lebih konsisten kali ini,” kata Chu Sian yang meraih emas kedua peribadinya selepas mengungguli acara individu, Selasa lalu.

Bagi Khairul Anuar yang juga juara Asia pula menyifatkan emas yang dimenangi itu sedikit sebanyak mengubat kekecewaan apabila tewas kepada Chu Sian.

"Akhirnya, saya gembira kerana berjaya menang emas. Ia bukan bermakna saya terlalu sedih apabila tewas, tetapi janggal pula rasanya kerana saya tidak pernah menentang rakan senegara pada final dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.”

Sementara itu, satu lagi koleksi emas tidak kesampaian apabila skuad lelaki dan wanita yang mara ke final acara compound tewas kepada Filipina (220-218) dan Myanmar (215-199).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: