Demi Moore

Setelah timbul pelbagai spekulasi mengenai pergolakan rumahtangga mereka, akhirnya Demi Moore, 49, dan Ashton Kutcher, 33, mengesahkan mereka sudah bercerai.

Demi berkata, ia bukanlah satu keputusan mudah baginya, apatah lagi mereka sudah lama hidup sebagai suami isteri.

“Bukan mudah untuk saya menamatkan perkahwinan enam tahun. Tetapi sebagai wanita, ibu dan isteri, ada nilai-nilai tertentu dan prinsip yang saya pegang," kata Demi.

Sementara, Kurcher menerusi Twitternya berkata, sukar untuknya melupakan Demi dan dia akan menghargai kenangan mereka bersama.

“Saya selama-lamanya akan menghargai masa yang dihabiskan bersama Demi. Perkahwinan adalah salah satu perkara yang paling sukar di dunia dan malangnya kadang-kadang menemui jalan gagal," katanya.

Perkahwinan enam tahun itu dikatakan berakhir kerana kecurangan Kutcher, bersama seorang model, yang bernama Sara Leal, 22, sejak September lalu.