Bihun Sufi semakin cipta nama

Produk keluaran Bumiputera 100 peratus, Bihun Sufi kini semakin dikenali bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah turut mendapat sambutan pasaran luar negara.

Pengarah Urusan Elham-Q Malaysia Sdn Bhd, Shawal Akbar Mohamed berkata, Bihun Sufi produk diyakini suci dan halal serta mendapat kelulusan piawaian halal Jakim dan ISO.

”Bihun Sufi mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mudah dimasak, tidak mudah hancur, memiliki tekstur yang lembut dan hanya perlu direndam selam 10 minit dengan air sejuk sebelum dimasak,” katanya.

Menerusi slogan, ‘Bihun Sufi, 1 kualiti untuk 1Malaysia’, produk ini menjadi kegemaran pelbagai lapisan kaum, bangsa dan agama.

Ia turut membuka peluang kepada usahawan yang berminat menjadi wakil pemasaran.