BHPetrol tawar RM100,000

Bertemakan ‘Jimat dan Menang’, BHPetrol menawarkan RM100,000 kepada pengguna dan ia menjadi platform bagi menggalakkan lagi pemandu serta penunggang mencuba produk mereka.

Pengarah urusannya, Tan Kim Thiam berkata, setiap pemilik kenderaan di negara ini boleh mencuba dan merasai sendiri perbezaan ditawarkan BHPetrol Infiniti Advanced 2X 95 dan 97.

Menurutnya, peraduan itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pengguna mencuba produk mereka yang memberi dua kali ganda kualiti dan kuantiti bahan aditif berteknologi Jerman termasuk pengubahsuaian geseran.

“Kini adalah masa paling sesuai bagi pengguna bertukar kepada BHPetrol Infiniti Advanced 2x 95 dan 97 serta mendapat penjimatan daripada tangki penuh yang pertama.

“Kami percaya tidak semua petrol adalah sama, bahan aditif Jerman dengan kua­liti dan kadar penjagaan maksimum memberikan banyak perbezaan,” katanya.

Tan berkata, dengan Infiniti Advanced 2X, pengguna akan mendapat prestasi terbaik kerana bahan aditif yang dibangun menggunakan teknologi bertaraf dunia dan memberi perlindungan maksimum dengan kuantitinya mencecah 800 bahagian per sejuta.

Katanya, peraduan yang berlangsung dari 1 September hingga 30 November itu memberi peluang kepada semua pelanggan memenangi hadiah wang tunai dan 2.5 juta mata ganjaran e-Points ditawarkan setiap bulan dengan hanya berbelanja minimum RM30 di stesen minyak BHPetrol.

Cabutan bagi bulan Oktober telah menobatkan Ang Soo Cheng dari Kuala Ketil, Kedah sebagai pemenang pertama peraduan itu, sekali gus meraih hadiah berjumlah RM50,000.

“Saya adalah pelanggan setia dan berbangga apabila diumumkan sebagai pemenang utama. Kesabaran menyertai peraduan ‘Jimat dan Menang’ ini membuahkan hasil yang tidak terhingga dan pastinya akan terus menggunakan Infiniti Advanced 2X 95,” katanya.

Soo Cheng berkata, tiada minyak lain yang setanding dengan Infiniti Advanced 2x jika dibandingkan daripada aspek kuasa, pecutan dan penjimatan minyak.

Selain Soo Cheng, beberapa pelanggan bertuah BHPetrol turut membawa pulang RM30,000 dan lima hadiah sagu hati berjumlah RM1,000.