![]() |
| BENT |
LONDON - Darren Bent mengakui dia bersedia untuk membuktikan kemampuannya bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan penyerang sensasi England, Wayne Rooney.
Pengurus England, Fabio Capello dilaporkan terdesak untuk mencari pengganti Rooney selepas penyerang Manchester United itu digantung tiga perlawanan pada pusingan akhir Euro 2012.
Bent, 27, tidak disenaraikan dalam skuad England untuk dua kempen Piala Dunia sebelum ini tetapi dia bertekad untuk membuktikan kemampuannya beraksi di pentas antarabangsa.
Dengan rekod empat gol dalam lima aksi antarabangsa dan enam gol bersama Aston Villa musim ini, aksi menentang Sepanyol pada Ahad ini dijangka menjadi minggu yang cukup bermakna buat Bent.
"Ini merupakan minggu yang penting buat saya. Saya kini berada pada prestasi terbaik sepanjang karier menentang aksi juara dunia dan Eropah, Sepanyol," kata Bent.
"Saya akui, ia akan menjadi musim yang penting bagi saya. Tahun sebelum kejohanan utama bermula biasanya agak baik untuk saya tetapi setakat ini, ia masih belum memberi pulangan. Saya harap, kali ini ia berlainan sedikit.
"Saya tidak pernah beraksi pada Piala Dunia dan kami tidak layak pada Euro 2008 tetapi ini merupakan peluang yang besar untuk saya menunjukkan kebolehan.
"Ia seperti sesi uji bakat untuk membuktikan kamu mampu bermain menentang pasukan yang lebih baik. Ini tidak menyebabkan saya berasa gemuruh, saya akan menganggapnya sebagai perlawanan biasa," katanya.
Bent telah menyarung jersi England selama lima tahun dan mempunyai rekod jaringan yang baik di salah sebuah daripada lima kelab yang pernah disertainya.
Dia telah menjaringkan sebanyak 46 gol dalam saingan Liga Perdana England sejak mula beraksi pada tahun 2009.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: