
PERKAHWINAN penyanyi Kim Taewoo yang sebelum ini merupakan anggota band G.O.D lebih bermakna apabila semua ahli band G.O.D lain akan hadir pada majlis perkahwinannya.
Son Ho Young, Danny Ahn, Park Joon Hyung dan Yoon Kye Sang telah memberikan kata persetujuan untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Taewoo.
Perkahwinan itu dijadualkan akan berlangsung di Hotel Sheraton Walker Hill di Seoul dan Joon Hyung akan pulang ke Korea dari Los Angeles pada bulan hadapan semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan Taewoo juga mencipta sejarah yang tersendiri apabila ia merupakan penyatuan pertama kali band G.O.D selepas lima tahun. Kali terakhir mereka berkumpul adalah untuk mengadakan acara khas buat Taewoo pada Disember 2006 sebagai tanda sokongan untuknya yang mengadakan konsert solo pertamanya ketika itu.
Ironinya, konsert pada Disember 2006 itu juga diadakan di lokasi yang sama dengan perkahwinan Taewoo iaitu Hotel Sheraton Walker Hill.
Ho Young berkata: "Saya akan mengadakan konsert juga di hotel yang sama pada 23 dan 24 Disember, dua hari selepas itu Taewoo pula akan berkahwin di sana. Satu kebetulan kerana kali terakhir kami bertemu untuk mengadakan persembahan juga di lokasi yang sama lima tahun lalu."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: