­Tun Ah­mad­ Sarji Abdul Hamid

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Na­sional Berhad (PNB), me­ngu­mumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional Tiga Imbang (ASN 3), untuk tahun kewangan berakhir 30 November ini.

Pengerusinya, ­Tun Ah­mad­ Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan itu membabitkan jumlah peruntukan pem­bayaran sebanyak RM7.52 juta yang akan dimanfaatkan kepada 11,500 pemegang unit yang melanggan 125.41 juta unit ASN 3.

Menurutnya, kadar peng­agihan itu sama dengan jumlah pembayaran pada tahun lalu, dan adalah berpatutan jika dibandingkan dengan ins­trumen-instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan terutama.

Beliau berkata, pada tahun ini pembayaran pengagihan pendapatan tabung ASN 3 akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember, apabila urus niaga beroperasi seperti biasa.

“Bagi membolehkan pemegang-pemegang unit menikmati pulangan daripada pertumbuhan unit-unit amanah berkenaan, pembayaran pengagihan pendapatan ­akan dilabur semula dalam bentuk unit secara automatik,” katanya.

Kini semua urus niaga ASN 3 ditangguhkan sehingga 30 November bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.