Friday, November 18, 2011

Anak Angelina Jolie Sedih Tinggalkan Vietnam

Angelina Jolie bersama anaknya Pax.

ANAK angkat pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Pax Jolie-Pitt sedih meninggalkan negara asalnya Vietnam selepas melawat ke negara itu baru-baru ini.

Lawatan itu adalah kali pertama buat Pax selepas diambil sebagai anak angkat oleh Angelina dari sebuah rumah anak yatim di Ho Chi Minh pada 2007.

Daily Mail melaporkan Pax kelihatan sedih ketika berjalan menuju pesawat yang menanti mereka di Lapangan Terbang Pulau Con Dao, lokasi mereka bercuti.

Brad tidak kelihatan kerana telah berlepas ke South Korea untuk mempromosikan filem terbarunya.

Keluarga besar itu juga dilaporkan telah melawat kota Ho Chi Minh tempat asal Pax pada hari pertama mereka di sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: