AirAsia Indonesia me-nyasar menerbangkan kira-kira empat juta penumpang dari dan ke hab Jakarta pada 2012, peningkatan 33 peratus daripada unjuran tiga juta tahun ini.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan dari Jakarta berkata, penyepaduan operasinya di Terminal 3, Lapangan Terbang Antara-bangsa Soekarno Hatta akan membolehkan penumpang berpindah antara penerba-ngan domestik dan antarabangsa dan sebaliknya de-ngan mudah.
“Selain itu, kemudahan Fly Thru kami membolehkan hubungan dari Jakarta ke banyak destinasi menarik seperti Melbourne; Gold Coast; Chengdu; Hangzhou (Shanghai); Mumbai; Christchurch; New Delhi; Seoul; Tokyo; Osaka; Taipei; Paris; dan London.
“Pada masa depan, kami berharap dapat menjadikan Jakarta hab transit antarabangsa yang penting,” kata Presiden Pengarah AirAsia Indonesia, Dharmadi.
Beliau berkata, AirAsia Indonesia mengendalikan armada pesawat Airbus A320 baru, yang pada akhir tahun berjumlah 16 pesawat.
“Lima pesawat ditempah dijangka diserahkan pada 2012, yang akan menjadikan jumlah pesawat 21,” katanya.
Baru-baru ini, AirAsia Indonesia memperkenalkan hab canggihnya di Terminal 3.
Terminal canggih itu yang sebelum ini menempatkan hanya penerbangan domestik Indonesia akan secara rasminya dibuka bagi penerbangan antarabangsa bermula kelmarin.
“Terminal 3 yang mesra alam menyediakan kepada operasi domestik AirAsia Indonesia sejak 15 April 2009.
“Syarikat penerbangan itu kini mengukuhkan operasi habnya di Jakarta di bawah satu bumbung dengan menyediakan kepada penerbangan antarabangsa dan domestik dari Terminal 3,” kata Dharmadi.
Beliau berkata, bagi keselesaan penumpang, AirAsia Indonesia menyediakan empat dan lima kios daftar masuk sendiri masing-masing bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.
“Penumpang boleh mendaftar masuk dari kios ini 24 jam sebelum dan sehingga satu jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: