
KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Melaka semakin buruk dengan mangsa yang dipindahkan setakat petang semalam berjumlah 564 orang.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan di negeri ini meningkat kepada seramai 373 orang semalam berbanding 47 orang kelmarin.
Kesemua 373 mangsa banjir itu ditempatkan di lapan pusat pemindahan iaitu masing-masing tiga di Hulu Terengganu dan Besut serta dua di Setiu.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata, tiga pusat pemindahan yang dibuka di Hulu Terengganu ialah di balai raya dan masjid di Kampung Sekayu yang menempatkan seramai 19 orang daripada tiga keluarga, Balai Raya Kampung Cheting (58 orang) dan Balai Raya Kampung Pelandan (enam orang).
Paling terjejas katanya, ialah daerah Besut apabila seramai 175 orang kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Masjid Kampung Keruak, Dewan Serbaguna Kampung Keruak dan Masjid Kampung La.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: