Saturday, October 15, 2011

Tubuh Briged Sukarela PLKN

NAJIB menerima bendera perhimpunan daripada Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia, Mohamad Yasin Musa sebagai simbolik  pada Majlis Pelancaran Program Kami Anak 1Malaysia di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.
NAJIB menerima bendera perhimpunan daripada Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia, Mohamad Yasin Musa sebagai simbolik pada Majlis Pelancaran Program Kami Anak 1Malaysia di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.
500,000 ahli alumni bantu kerajaan hadapi malapetaka, bencana alam

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Briged Sukarela Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) membabitkan penyertaan lebih setengah juta alumni PLKN di seluruh negara.
Mengumumkannya malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata briged itu boleh membantu kerajaan dalam kerja sukarelawan terutama dalam menghadapi malapetaka, banjir, tanah runtuh, kebakaran serta bencana alam lain.
“Selain itu, briged itu juga akan terbabit dalam pelbagai kerja sukarelawan termasuk mengindahkan masjid dan sekolah,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Kami Anak 1Malaysia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 15,000 bekas peserta PLKN dari seluruh negara memeriahkan program itu yang diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat majmuk Malaysia oleh 1,500 peserta PLKN dari Selangor.

Najib berkata, Briged Sukarela PLKN akan dibentuk dengan bantuan Sekretariat PLKN di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di seluruh negara.

"Saya harap melaluinya (Sekretariat di JLKN), tenaga kerja yang diperlukan dapat diwujudkan bagi memperluaskan Briged itu ke lebih 80 kem Latihan Khidmat Negara.
“Malah, ia juga dapat dijadikan asas pada peringkat daerah supaya Briged Sukarela PLKN dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersedia menyalurkan bantuan dan peruntukan kepada JLKN bagi merealisasikan penubuhan briged berkenaan.

Mengakhiri ucapannya, Najib berharap briged itu akan dapat dijadikan kumpulan masyarakat yang memberi sumbangan dalam proses membina negara bangsa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: