![]() |
| RIHANNA berbogel untuk kulit majalah Esquire untuk keluaran November 2011. |
NEW YORK - Penyanyi terkenal, Rihanna menyatakan dia berasa marah ke atas bekas kekasihnya, Chris Brown yang juga seorang penyanyi pada satu ketika.
Namun, katanya, dia telah melupakan dan berasa gembira Brown telah kembali berjaya dalam industri muzik.
Rihanna memberitahu majalah Esquire bahawa perasaan tidak menyukai bekas kekasihnya itu telah mengambil banyak masanya.
"Ia adalah marah yang terlalu kuat," kata Rihanna yang berusia 23 tahun.
"Saya amat teruja untuk melihat kejayaan dalam kerjanya," tambahnya.
Brown menjalani tempoh pemerhatian selama lima tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan serangan ke atas Rihanna pada awal pagi sebelum Anugerah Grammy.
Album Rihanna, Graffiti yang dikeluarkan 10 bulan selepas serangan itu merupakan satu kekecewaan komersial.
Namun, album terbaharunya, F.A.M.E (Forgiving All My Enemies) menduduki No. 1 dalam carta album Billboard 200 pada Mac lalu.
Ia mengandungi lagu popular seperti Look at Me Now dan Deuces.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: