Saturday, October 15, 2011

QSR lancar piza Ultimate Cheesy 7

TERBARU...Jamaludin  (dua dari kiri) dan Pengarah Operasi Restoran Pizza Hut / KFC Kemboja, Wong Sooi Kheong (dua dari kanan) menunjukkan piza Ultimate Cheesy 7.
TERBARU...Jamaludin (dua dari kiri) dan Pengarah Operasi Restoran Pizza Hut / KFC Kemboja, Wong Sooi Kheong (dua dari kanan) menunjukkan piza Ultimate Cheesy 7.

QSR Brands Bhd (QSR) pemegang francais Pizza Hut, mengunjurkan 65 peratus prestasi jualannya disumbangkan daripada kempen jualan produk utama yang diadakan tahun ini.

Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, tahun lalu rangkaian restoran makanan segera itu mencatatkan jualan RM400 juta dengan RM240 juta disumbang pelbagai kempen utama yang dilaksanakan.


“Tahun ini dengan pelancaran pelbagai kempen pengenalan produk baru bagi setiap suku tahun dijangka dapat mengekalkan momentum jualan dicatatkan pada tahun lalu.

“Kempen untuk mengetengahkan produk utama Pizza Hut penting untuk syarikat kerana ia satu strategi menunjukkan produk keluaran kami sentiasa mempunyai inovasi penciptaan makanan kepada pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran Piza Ultimate Cheesy 7 di Petaling Jaya, Selangor.


Piza Ultimate Cheesy 7 ialah produk terbaru daripada Pizza Hut yang diperbuat berdasarkan resipi asal diperbaharui, Piza Extreme Cheesy 6 pada tahun lalu. Produk ini menawarkan tujuh jenis perisa keju berbeza yang diperbuat daripada adunan doh khas untuk memberi keseimbangan sempurna pada ketebalannya.


“Ia ditawarkan pada harga RM23.90 (bersaiz biasa), RM31.90 (bersaiz besar), RM30.90 (set kombo untuk dua orang untuk bersaiz biasa) dan RM41.90 (bersaiz besar dan set kombo untuk empat orang). Set Kombo itu dilengkapi sup, roti bawang putih dan minuman ringan yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia tidak termasuk cawangan di KLCC, Genting Highlands dan Wangsa Maju.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: