
PETALING JAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan penurunan jenayah sebanyak 50 peratus melalui pelaksanaan program Bandar Selamat menerusi konsep Reka Bentuk Persekitaran Yang Selamat (CPTED).
Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis Bandar Selamat berkonsepkan CPTED itu yang melibatkan perbelanjaan RM1.45 juta.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini dan pihak DBKL telah diberi tanggungjawab melaksanakannya.
“Kami akan memantau perkembangan jenayah di TTDI dan melihat sama ada CPTED mendatangkan hasil.
“Antara usaha menaik taraf yang akan dilakukan adalah pemasangan tujuh kamera litar tertutup (CCTV), menukar lampu jalan daripada 150 watt kepada 250 watt, membina redaan trafik dan peluasan Sistem Pemantauan Bandar Selamat ke Balai Polis TTDI,” katanya ketika melawat TTDI di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: