
di KLIA pada sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen Selangor semalam.
SHAH ALAM - Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket dadah bagi menyeludup sejumlah 16.5 kilogram (kg) syabu bernilai RM4.1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang antara 6 hingga 9 Oktober lalu.
Terkini, enam warga Iran yang terdiri daripada seorang lelaki dan lima wanita berusia antara 20 hingga 43 tahun dikesan mengubah suai 12 botol penyembur rambut dan badan untuk menyorok 5.3kg syabu untuk diseludup.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, keenam-enam pelancong itu ditahan di KLIA pada pukul 11 malam pada 6 Oktober lalu.
"Pemeriksaan pada tujuh beg pakaian yang dibawa enam suspek itu menemui 12 botol penyembur rambut yang beratnya luar biasa manakala muncung botol pula dilengkapi dengan saluran tiub yang diubah suai fungsinya.
"Taktik baharu ini cuba mengelirukan polis namun kita berjaya menemui bungkusan dadah disyaki syabu disembunyikan di dalam botol penyembur rambut itu," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini semalam.
Seterusnya, Nordin memberitahu, pihaknya bersama pasukan narkotik dari Bukit Aman turut menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 22 dan 27 tahun pada 8 dan 9 Oktober lalu di lokasi sama.
Kata beliau, suspek berusia 22 tahun tersebut ditahan selepas polis menemui 390 gram dadah yang disorok pada empat tiang besi dua buah beg pakaian yang dibawa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: