Tuesday, October 18, 2011

Pameran coklat pertama di Geneva


PELBAGAI bentuk coklat dipamerkan dalam Pameran Coklat Antarabangsa yang pertama di Geneva kelmarin


GENEVA - Ribuan orang menghadiri Pameran Coklat Antarabangsa yang pertama di sini yang disertai oleh pembuat coklat terkenal di seluruh Switzerland.

Seorang pembuat coklat dari tengah Switzerland, Roger von Rotz mempamerkan coklat yang diperbuat daripada biji koko nacional.

Biji koko itu dipercayai sudah pupus akibat penyakit pada awal abad ke-20 tetapi telah ditemui semula di Peru, beberapa tahun lalu.

Pelbagai bentuk coklat dan rasa dipamerkan kepada orang ramai dalam pameran yang diadakan kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: