Tuesday, October 18, 2011

P1 lancar khidmat WiMAX komersil

Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menaja projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai P1 Filmmakers Showcase. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia.

Khidmat WiMAX P1 merupakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tetap yang menggunakan spektrum WiMAX 2.3 GHz WiMAX dan piawaian 802.16e, yang juga dikenali sebagai Mobile WiMAX yang membolehkan capaian jalur lebar tanpa dawai sehingga 30 batu (50 km) dari stesen utama. Syarikat beroperasi di Ibu pejabat di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Packet_One_Networks.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: