Sunday, October 2, 2011

Lukisan realiti, fantasi

GABUNGAN REALITI...cantuman gambar bot dan patung ikan duyung ini begitu unik kerana turut mempunyai ruang menampakkan seseorang bersedia terjun ke laut.
GABUNGAN REALITI...cantuman gambar bot dan patung ikan duyung ini begitu unik kerana turut mempunyai ruang menampakkan seseorang bersedia terjun ke laut.

BIASANYA kita mendengar atau melihat hasil seni yang begitu ‘hidup’ sehingga menyerupai objek sebenar. Sebaliknya, bagi seorang pelukis Belgium, dia memilih untuk berkarya sebaliknya.

Melalui gabungan lakaran pensil, gambar, imaginasi dan realiti, Ben Heine mencipta karya seni yang begitu unik.


Menganggap dirinya sebagai pelukis visual pelbagai disiplin, Heine berkata, dia sering mendapat ilham daripada pengamatan ke atas manusia dan alam semula jadi.

  • Foto

    UNIK... antara karya Heine.

  • Foto

    KREATIVITI TINGGI...Heine menggambarkan bangunan apartmen seperti permainan video dalam komputer.

  • Foto

    LUAR BIASA...sebahagian karya seni Heine yang bakal dipamerkan di London bulan ini.

Berusia 28 tahun, Heine membesar di Abidjan, Ivory Coast, selama tujuh tahun bersama ibu bapa dan tiga adik-beradiknya sebelum kembali ke Brussels pada 1990.


Melalui kemahirannya melukis dan berimaginasi, karya seni Heine dianggap mempertemukan realiti dan fantasi.


Semua akan dipamerkan di London pada bulan ini.

Dia menjadi terkenal apabila mahir menggabungkan tiga konsep seni, termasuk melalui Projek Pencil Vs Camera.


Digambarkan sebagai “penuh dengan magis, ilusi, seni dan teliti, Heine berkata, Pencil Vs Camera adalah penemuan visual baru yang menggabungkan kemahiran melukis dan seni fotografi dengan imaginasi serta realiti.

“Saya hanya menghasilan seni untuk orang ramai.


“Saya mahu mereka berkhayal dan melupakan segala kekusutan seharian,” katanya.


Pernah menulis puisi beberapa tahun lalu, Heine berkata, dia mahu menyampaikan mesej dan falsafah seni itu melalui gambar.


Katanya, setiap satu karya sepatutnya mampu menyampaikan cerita serta merangsang emposi seseorang - sama seperti mereka menikmati puisi atau melodi.


Untuk menyiapkan karyanya, Heine perlu memastikan setiap gambar itu turut menampakkan sebahagian daripada tangannya.


Itu, kata Heine, bagi membayangkan hubungan dijalin di antara penonton, seniman dan karya seninya.


“Saya juga sentiasa memastikan lakaran dibuat dalam bentuk hitam putih, manakala gambar dirakam pula menampilkan warna terang supaya wujud pertentangan ketara di situ,” katanya.


Ciptaan Heine ketika ini memang popular di Internet dan dilaporkan memberi kesan besar kepada komuniti reka grafik dunia.


Kata Heine, dia sangat terpengaruh dengan seni tampak Belgium, Jerman, seni pop Amerika Syarikat dan realisme sosial.


Selain Pencil Vs Camera, Heine turut dikenali kerana dua projek lain, iaitu Digital Circlism dan Flesh and Acrylic.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: