Wednesday, October 12, 2011

Laluan baru AirAsia, KL-Da Nang

AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang murah utama dan terbesar di Asia, kini berusaha mencapai 80 peratus jumlah penumpang sebulan bagi laluan baru Kuala Lumpur (KL) ke Da Nang, Vietnam.

Ketua Komersil Serantaunya, Kathleen Tan berkata, dengan penerbangan empat kali seminggu, syarikat penerbangan itu akan menggunakan pesawat A320 Airbus dengan kapasiti 180 tempat duduk.

Menurutnya, Da Nang adalah destinasi ketiga bagi AirAsia di Vietnam selepas Hanoi dan Ho Chi Minh City serta destinasi ketujuh syarikat penerbangan itu dalam Indochina, termasuk Siem Reap, Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar).

“Biasanya bagi laluan baru, kami menyasar 70 peratus jumlah penumpang, tetapi kami yakin mencapai 80 peratus bagi laluan ini kerana disokong oleh permintaan tinggi pelanggan,” katanya.

Kathleen berkata, selain menjadi tarikan pelancongan, Da Nang dipilih sebagai lokasi di tengah Vietnam, menjadikannya tempat pertemuan yang mudah bagi usahawan kecil dan sederhana negara.

Bersempena pengenalan laluan baru ini, AirAsia menawarkan tambang dari RM69 bagi tempoh perjalanan 16 Disember hingga Oktober tahun depan. Tambang promosi ini boleh didapati secara dalam talian di airasia.com dan melalui mudah alih di mobile.airasia.com. Tempoh tempahan 5 hingga 12 Oktober 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: