Thursday, October 13, 2011

‘Kuliah’ seks empat gadis

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.


“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.


“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

9 comments:

  1. bila agama dipinggirkan, inilah kesannya...oh Malaysiaku...

    ReplyDelete
  2. itu kesalahan individu masing2... macam kelantan tu bagus sangat pun... lagi sekali lu mau hukum hudud, berambuslah ko ke iran/saudi arabia! takyah duduk malaysia okay!

    ReplyDelete
  3. Dan jgnlah kamu mengaku Islam kalo kamu tolak hukum Islam...

    p/s: Im x kelantanese Ok??..nape?Islam untuk orang kelantan je ke?

    ReplyDelete
  4. kalo nak hudud kenapa perlu ke iran atau saudi? malaysia kn negara Islam.. kenapa tak praktik hudud.. atau cuba nak pertikai hukum Allah? hukum Allah tak sesuai? tak betul?

    ReplyDelete
  5. hukum hudud tak sesuai di malaysia. FULL STOP!

    ReplyDelete
  6. hudud tak sesuai di malaysia? malaysia ne sebahagian dr bumi Allah.. kenapa pulak tak sesuai? tak kira la kat mana, tak boleh cakap hudud ne tak sesuai, org tak nampak hikmah hudud sbb tu cakap tak sesuai, sbb minda dah kacau dgn pengaruh luar.. jgn cakap hudud tak sesuai. hudud hukum dari Allah, tdk menyokong hudud bermakna ingkar dgn hukum Allah..

    ReplyDelete
  7. bukan tak sesuai di sekadar di malaysia sahaja. malah tak sesuai di mana-mana pun zaman sekarang ini. dari ulama al-azhar. sila Google sendiri lah kalau tak caya. Mesir dah cuba tapi tak berjaya. lagi sekali, you tak puas hati dengan malaysia, lebih baik you berambus aje dari sini dan pergi ke Somalia!

    ReplyDelete
  8. saudi arabia kenapa boleh laksana hudud? hudud tak sesuai sebab ramai pihak yang tak kerjasama dan tak ada tekad nak dirikan hukum Allah dan masih ramai yang tak faham tentang hikmah hudud. aku bukan tak puas hati dengan malaysia tapi aku tak puas hati dengan pendapat yang kata hudud tak sesuai di malaysia..

    ReplyDelete
  9. otak tu janganlah sekular sangat. miskinnya Allah kalau hukumnya tak bersesuain dengan semua tempat dan masa.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: