
KUALA LUMPUR - KUB Builders Sdn. Bhd. (KUB Builders) memperoleh kontrak bernilai RM268.8 juta daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) bagi membangunkan terminal udara kos rendah yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di Sepang.
KUB Builders, anak syarikat KUB Malaysia Bhd. (KUB), bertanggungjawab membina landasan ketiga baharu sepanjang 3.96 kilometer, laluan jalan rayap yang selari dan yang menghubungkan jalan rayap lain serta lain-lain kerja yang berkaitan.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Nazar Samad berkata, KUB Builders memperoleh kontrak itu dalam satu persaingan sengit.
"Meskipun ia merupakan cabaran yang besar, matlamat kami ialah menyiapkan keseluruhan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan dan pada masa yang sama, memastikan hasil yang baik dalam aspek keseluruhan.
"Kami berbangga menjadi sebahagian daripada penyumbang hab penerbangan Kuala Lumpur memandangkan ia akan menjadi hab penerbangan kos rendah terbesar di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: