Saturday, October 15, 2011

Kembar perlu tempat selesa


Pasangan kembar Nur Shazwanie (kanan) dan Nur Shazrinie dibenarkan pulang ke rumah.


KUALA TERENGGANU – Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie Zulkifli dibenarkan pulang ke rumah mereka namun keadaan rumah daif yang didiami keluarga bayi berkenaan amat membimbangkan ibunya.

Ini kerana, pasangan bayi itu yang masih belum dapat dipisahkan lagi itu memerlukan tempat yang selesa, bersih dan sesuai memandangkan mereka terpaksa bergantung pada mesin oksigen dan rawatan khas.

Ibu pasangan kembar itu, Noraini Mohamad, 32, berkata, pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini telah membenarkannya membawa pulang kedua-dua bayi itu untuk sementara waktu.

Bagaimanapun katanya, masalah yang dihadapi adalah rumah yang didiami di Kampung Padang Gong Pak Maseh terlalu daif dan tidak sesuai untuk menempatkan pasangan kembar itu.

“Mereka perlukan tempat selesa, bersih dan sesuai kerana masih bergantung pada mesin oksigen dan rawatan khas,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: